Subscribe:

Ads 468x60px

Showing posts with label Gadget. Show all posts
Showing posts with label Gadget. Show all posts

Saturday, November 19, 2011

Teknologi Sepadan

TERUS merancakkan pembanguan jenama Xperia, syarikat pencipta telefon bimbit pintar itu, Sony Ericsson baru-baru ini memperkenalkan pula model Xperia arc S. Model yang dinaik taraf daripada portfolio Xperia arc sebelum ini menawarkan pengalaman hiburan lebih pantas menerusi pengenalan sokongan pemproses berkuasa 1.4 Ghz dan teknologi panorama Sony 3D.


Tidak cukup dengan itu, ia turut hadir bersama ciri aplikasi media dan kamera 25 peratus lebih pantas serta 20 peratus kelancaran capaian laman web berbanding model sebelum ini.

Tuesday, October 25, 2011

Telefon Lasak Sonim

BERITA baik bagi mereka yang gemarkan sukan dan kerja lasak kerana mereka oleh membawa telefon mudah alih yang tahan lasak ke mana saja. Mereka tentu saja sukakan telefon mudah alih yang boleh direndam dalam air, diletakkan dalam tempat sejuk dan panas yang ekstrem, jatuh dari tempat tinggi, dibaling malah dilanggar trak dan boleh digunakan.


Kini sebuah syarikat tempatan BBC Technology telah dilantik sebagai pengedar dan pengimport tunggal untuk pasaran tempatan oleh sebuah syarikat pengeluar telefon lasak yang beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS) Sonim Technologies Inc.

Friday, October 21, 2011

HP Compaq 8200 Elite All-in-One

Komputer Untuk Bisnes

HP kini mengembangkan perniagaan komputer peribadi (PC) Elite dengan PC industri semua-dalam-satu (AiO) yang pertama menggunakan Intel Core generasi kedua teknologi vPro. Model berkenaan mempunyai keupayaan 40 peratus lebih baik, 15 peratus akses pemacu keras lebih pantas dan mengurangkan downtime melalui pengurusan teknologi maklumat mudah alih.



Sesuai untuk perniagaan kecil dan sektor awam HP Compaq 8200 Elite, AiO menawarkan pencapaian yang tinggi, keselamatan dan fungsi pengurusan mudah alih selain perkakasan bersepadu yang membenarkan hubungan antara perniagaan dengan pekerja di pejabat antara bandar atau di seluruh dunia.

Monday, October 17, 2011

Kamera Samsung ST700

INGINKAN sebuah kamera yang mampu merakamkan gambar dan video dengan dengan kualiti yang menakjubkan setanding DSLR? Samsung ST700 adalah jawapannya, walaupun hanya kamera kompak namun mempunyai fungsi sehebat DSLR.


ST700 merupakan kamera digital dengan reka bentuk bergaya dan pelbagai fungsi, dilengkapi dengan paparan skrin sentuh penuh belakang 3.0 inci dan 1.8 inci untuk skrin hadapan, bersama 16.1 mega piksel, lima kali zum optik dan lensa 26 milimeter Varioplan.

Thursday, October 13, 2011

Telefon Pintar LG

LG Lancar Telefon Pintar Saingi Apple, Samsung
BERMACAM jenis telefon pintar telah berada di pasaran sekarang dan yang terbaru produk keluaran LG. Syarikat elektronik Korea Selatan, LG Electronics (LG) hari ini telah melancarkan telefon pintar baharu yang dilengkapi dengan teknologi perhubungan pantas ultra dalam usaha menyaingi Apple dan Samsung.


LG merupakan syarikat pembuat telefon mudah alih ketiga terbesar dunia. Telefon pintar baharu berkenaan dikenali sebagai Optimus LTE menyokong aplikasi internet tanpa wayar 4G dan dilengkapi dengan teknologi definisi tinggi (HD) bagi gambar dan video yang lebih baik daripada pesaing.

Thursday, October 6, 2011

Gajet Terbaru Acer

Acer Aspire S3 Ultrabook

Acer Sales & Services Sdn Bhd optimis capai sasaran jualan 5,000 unit Acer Aspire S3 Ultrabook pertama di Malaysia yang baru diperkenalkan menjelang suku keempat tahun ini. Pengurus Besarnya, Ricky Tan berkata, gajet terbarunya itu dijangka menerajui momentum pertumbuhan baru bagi komputer riba Acer selari dengan usaha Acer menawarkan rangkaian produk bergerak yang dilengkapi teknologi terkini kepada penggunanya.
 

“Di Acer, kami komited untuk terus membuat penyelidikan dan pembangunan reka bentuk yang inovatif dan eko-pintar demi memenuhi kehendak pengguna dan menyumbang ke arah pasaran komputer riba global yang sihat.

Apple Dedah iPhone 4S

Apple kelmarin mendedahkan telefon bimbit yang lebih berkuasa, iPhone 4S yang memberi reaksi terhadap arahan suara. Telefon itu akan dijual di Amerika Syarikat (AS), Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain pada 14 Oktober depan.
 

Tempahan awal boleh dibuat seminggu sebelum penjualan tersebut dibuat.

Tuesday, October 4, 2011

Samsung Galaxy S II

Jualan Samsung Galaxy S II Cecah 10 Juta

Samsung Electronics Co. Ltd., peneraju digital media dan teknologi mengumumkan Samsung Galaxy S II telah mencapai jualan 10 juta, dua kali ganda daripada lima juta dalam tempoh lapan bulan.


Pencapaian itu sekali gus meletakkan Galaxy S II sebagai peneraju peranti telefon pintar terpantas di dunia.

Monday, October 3, 2011

Generasi Terbaru Lumix


MENDEPANI cabaran dunia teknologi kamera kompak, Lumix bukan jenama asing buat penggemar gajet tersebut. Dikeluarkan oleh Panasonic, legasi kamera kompak Lumix ini terus mendapat tempat di hati peminatnya sejak mula ia diperkenalkan. Bermula dengan siri pertama Lumix DMC-LC5 yang diperkenalkan pada tahun 2001 jenama ini terus mendapat tempat dan menguasai trend dalam generasi baru sistem lensa kamera tanpa cermin berbilang kanta.
 

Kini Panasonic kembali lagi mempertaruhkan siri baru daripada siri sistem mikro Lumix G iaitu model Lumix GF3 dan Lumix G3 yang turut dilengkapi bersama lensa 25 milimeter (mm). Jelas Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Jeff Lee, kemunculan ke dua-dua model tersebut bakal mewujudkan budaya fotografi yang baru bagi kamera sistem, sekali gus bakal mengukuhkan kedudukan siri tersebut untuk menguasai pasaran pada tahun ini.

Nikon Kini Di KLCC


INGIN melebarkan sayap perniagaannya, pengeluar kamera terkenal Nikon kini membuka cawangan terbaru mereka di pusat membeli belah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Ia berikutan maklum balas yang menggalakkan diterima daripada pengunjung serta peminat yang mengunjungi cawangan kedai Nikon pertama di negara ini iaitu di pusat membeli belah Alamanda, Putrajaya sebelum ini. 


Menurut Pengurus Besar, bahagian Pemasaran Produk Pengguna, Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd., David Ng Choon Yiak, pembukaan cawangan baru di KLCC mampu menarik minat pembeli yang terdiri daripada rakyat tempatan mahu pun pelancong.

HTC EVO 3D


SEIRING cogan katanya, pintar dalam senyap (quietly brilliant), HTC sering menjadi peneraju dalam mengintegrasi pelbagai teknologi moden pada telefon bimbit pintar keluarannya. Terbaru, syarikat itu memperkenalkan inovasi fungsi multimedia tiga dimensi (3D) pada model produk telekomunikasi terbaru mereka, HTC EVO 3D.
 
 
Menurut Pengurus Negara HTC Malaysia, SK Wong, penampilan ciri terbaru itu bakal menawarkan pengguna pengalaman multimedia ke satu peringkat lebih baik. Model ini merupakan telefon pintar pertama keluaran HTC yang menyokong format 3D pada aplikasi permainan video, rakaman video serta foto.

Thursday, September 29, 2011

Tablet Kindle Fire, Pesaing iPad


Amazon Lancar Tablet Kindle Fire, Pesaing iPad

Amazon memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu sebuah komputer tablet yang dikenali sebagai Kindle Fire hari ini (29 Sept), pesaing kepada pasaran iPad oleh Apple.

Syarikat jualan dalam talian gergasi itu menyatakan, Kindle Fire yang skrinnya berukuran 17.78 sentimeter, lebih kecil berbanding iPad, hanya bernilai AS$199 (RM629) dan akan mula dipasarkan pada 15 November ini.

Monday, September 26, 2011

BlackBerry 7


RESEARCH In Motion (RIM), syarikat pengeluar peranti telekomunikasi popular, BlackBerry baru-baru ini memperkenalkan sistem operasi generasi terbaru mereka, BlackBerry 7.

Dilihat sebagai platform navigasi terbaik dan paling lancar, ia bakal menawarkan prestasi pelayaran termaju yang dipertingkatkan pada peranti telefon bimbit BlackBerry pengguna.

Telefon Pintar Galaxy Baru


10 Juta Unit Galaxy S II Dijual

Penjualan telefon pintar Galaxy S II keluaran gergasi kedua pembuat telefon bimbit dunia, Samsung Elektronik semalam menyatakan sebanyak 10 juta unit sudah dijual sejak ia dikeluarkan pada April lalu.

Penjualan model baharu telefon pintar itu dari peningkatan versi terdahulu meningkat dua kali ganda selepas melepasi penjualan lima juta unit pada Julai lalu.

Sunday, September 25, 2011

Apple Perkenal iPhone 5


Syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS), Apple merancang untuk memperkenalkan telefon pintar generasi baru, iPhone 5, pada bulan depan.

Menurut blog AllThingsD, iPhone 5 dijangka dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc. yang baru, Tim Cook pada 4 Oktober ini. Jelas blog itu, telefon pintar berkenaan akan berada di pasaran beberapa minggu selepas pelancaran tersebut.

Friday, September 23, 2011

Toshiba WL700


WL 700 Bukan Sekadar Televisyen

KINI televisyen bukan sekadar sumber hiburan dalam kediaman semata-mata. Jika memilih jenis rekaan yang berseni, televisyen turut mencerminkan keperibadian dan tahap prestij pemiliknya.

Syarikat pengeluar barangan elektrik, Toshiba Sales and Services Sdn. Bhd. baru-baru ini melancarkan sebuah televisyen, siri WL700 dengan rekaan yang futuristik hasil kerjasama dengan Jacob Jensen Design.

Permainan Dalam Genggaman


SONY Ericsson Xperia PLAY yang merupakan telefon pintar Android diperakui pihak PlayStation bahawa ia mampu memberikan pengalaman permainan video dalam genggaman yang baharu buat penggemar peranti itu.

Penggemar telefon pintar tidak hanya memiliki peranti canggih berkenaan untuk memudahkan tugasan harian ataupun berhubung dengan orang tersayang.

Kelas Tersendiri Nokia E6


PENGGEMAR telefon pintar seringkali berdepan dengan masalah membuat pilihan peranti yang mempunyai papan kekunci QWERTY ataupun skrin sentuh.

Pemilihan tersebut amat penting bagi mereka bagi memudahkan lagi pengendalian telefon pintar yang semakin canggih.

10 Aplikasi iPad Untuk Pendidik


ARUS pembangunan teknologi digital kini memasuki sepenuhnya era tablet. Sebut sahaja tablet, hampir segenap lapisan masyarakat dari warga emas hingga kanak-kanak yang belum memasuki alam persekolahan mampu memberikan definisi sebuah tablet.

Apple iPad merupakan salah satu jenama yang sering menjadi topik perbualan hangat kerana reka bentuk unik selain pilihan ribuan aplikasi menyokong peranti itu.

Walkman Kalis Air


KOLEKSI terbaharu Sony Walkman siri W260 yang kalis air dapat memberi kebebasan kepada penggemar muzik terutamanya apabila mereka ingin melakukan aktiviti lasak seperti berjogging ataupun bersenam di dalam gim.

SUKAR membayangkan melakukan aktiviti fizikal sambil mendengar pemain muzik kerana tidak banyak peranti tersebut yang didatangkan bersama ciri istimewa kalis air ataupun tahan lasak.
Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...