Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, December 31, 2011

Cukai Gemuk Di Perancis

PARIS 30 Dis. - Perancis meluluskan satu cukai 'gemuk' ke atas minuman berkarbonat dalam usaha membendung obesiti di kalangan kanak-kanak dan membantu meningkatkan pendapatan negara. Majlis Perlembagaan Perancis, semalam meluluskan cukai baru minuman berkarbonat itu selepas mengumumkannya pada Ogos lalu.


Kerajaan mengumumkan bahawa cukai baru itu hanya akan menambah satu pence (RM0.50) kepada satu tin minuman berkenaan seperti Coca-Cola atau Fanta. Bagaimanapun, minuman 'diet' akan dikecualikan daripada cukai berkenaan.

Google Paling Kerap DiLawati

Enjin carian Internet - Google dinobatkan sebagai destinasi web paling kerap dilawati di Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini untuk mencari pelbagai sumber maklumat, diikuti laman sosial Facebook dan Yahoo!. Menurut firma penyelidik pasaran Nielsen, Google menerima 153.4 juta pelawat secara purata setiap bulan daripada medium komputer rumah dan tempat kerja.


Facebook mencatatkan sebanyak 137.6 juta pelawat pada setiap bulan, manakala Yahoo! memperoleh 130.1 juta. Enjin carian Microsoft, MSN, WindowsLive dan Bing pula mencatatkan sebanyak 115.9 juta pelawat dalam tempoh sebulan.

Monday, December 26, 2011

Kasut Bermotor "SpnKiX"

CALIFORNIA - Sepasang kasut bermotor yang mampu membawa pemiliknya sejauh tiga hingga lima kilometer akan mula dijual pada Februari ini dan dijangka menjadi produk yang popular. Alat berkuasa bateri yang dijual pada harga AS$647 (RM2,041) itu sebenarnya dicipta untuk dipasang pada kasut dan dikendalikan melalui alat kawalan jauh tanpa wayar.


Kasut bermotor dikenali sebagai spnKiX itu boleh mencapai kelajuan 16 kilometer sejam dan kelajuannya dikawal melalui alat kawalan jauh.

Thursday, December 15, 2011

Kucing Terkaya Di Dunia

Seekor kucing terbiar yang diselamatkan di sini mewarisi kekayaan berjumlah AS$13 juta (RM49 juta) daripada tuannya, seorang taikun hartanah Itali yang berstatus janda. Maria Assunta meninggalkan kekayaan tersebut kepada kucing kesayangannya, Tommaso, selepas dia meninggal dua minggu lalu pada usia 94 tahun.


Kekayaan tersebut termasuk wang tunai dan harta di Rom, Milan serta tanah di Calabria. Sejak kesihatannya merosot dua tahun lalu, Assunta yang tidak memiliki anak, mula mencari jalan agar Tommaso dijaga dengan sempurna selepas ketiadaannya.

Monday, December 12, 2011

Jennifer Aniston Wanita Paling Seksi

Bintang filem Friends With Benefits, Jennifer Aniston dinobatkan sebagai wanita paling seksi sepanjang zaman. Menerusi undian yang dilakukan laman web MensHealth.com., pelakon yang kini sedang bercinta dengan Justin Theroux itu berjaya mengalahkan selebriti lain termasuk bintang legenda Marilyn Monroe, Madonna dan Angelina Jolie.


Pelakon berusia 42 tahun itu bagaimanapun menyangka pelakon kelahiran Perancis, Bridgitte Bardot dan aktivis wanita, Gloria Steinem bakal memenangi gelaran tersebut. Mereka berdua (Bardot dan Steinem) mempunyai keistimewaan masing-masing.

Wednesday, December 7, 2011

Sotong Kurita Ramal Barcelona Menang

BENALMADENA, Sepanyol - Seekor sotong kurita yang bernama Messi meramalkan kelmarin bahawa kelab bola sepak Barcelona menang mengatasi Real Madrid dalam perlawanan bola sepak pada Sabtu ini. Sotong itu diberi nama Messi sempena nama bintang bola sepak dari Argentina, Lionel Messi.


Haiwan itu meramalkan pemenang dengan memilih sardin yang akan dimakan dari dalam sebuah botol yang mempunyai logo Barcelona di Akuarium Sea Life di sini. Barcelona akan menentang Real Madrid di tempat sendiri
Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...