Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, October 4, 2011

Samsung Galaxy S II

Jualan Samsung Galaxy S II Cecah 10 Juta

Samsung Electronics Co. Ltd., peneraju digital media dan teknologi mengumumkan Samsung Galaxy S II telah mencapai jualan 10 juta, dua kali ganda daripada lima juta dalam tempoh lapan bulan.


Pencapaian itu sekali gus meletakkan Galaxy S II sebagai peneraju peranti telefon pintar terpantas di dunia.

Samsung berkata, generasi telefon pintar itu mempunyai empat kandungan dan pusat hiburan, kelancaran bersepadu untuk menyediakan akses segera kepada muzik, permainan, e-bacaan dan perkhidmatan rangkaian sosial.

‘‘Sejak ia dilancarkan akhir April lalu, Galaxy S II telah menyaksikan kejayaan jualan berterusan, menunjukkan keupayaan Samsung dalam komitmennya kepada pasaran telefon pintar,’’ kata Presiden dan Ketua Perniagaan Komunikasi Mudah Alih Samsung, JK Shin.

Katanya, dalam tempoh lima bulan Galaxy S II telah menyaksikan pertumbuhan dahsyat, menggambarkan kehebatan popularitinya di seluruh dunia yang memilih telefon pintar itu sebagai peranti pilihan, sekali gus mengukuhkan kedudukannya di pasaran global.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...