Subscribe:

Ads 468x60px

Thursday, October 6, 2011

Gajet Terbaru Acer

Acer Aspire S3 Ultrabook

Acer Sales & Services Sdn Bhd optimis capai sasaran jualan 5,000 unit Acer Aspire S3 Ultrabook pertama di Malaysia yang baru diperkenalkan menjelang suku keempat tahun ini. Pengurus Besarnya, Ricky Tan berkata, gajet terbarunya itu dijangka menerajui momentum pertumbuhan baru bagi komputer riba Acer selari dengan usaha Acer menawarkan rangkaian produk bergerak yang dilengkapi teknologi terkini kepada penggunanya.
 

“Di Acer, kami komited untuk terus membuat penyelidikan dan pembangunan reka bentuk yang inovatif dan eko-pintar demi memenuhi kehendak pengguna dan menyumbang ke arah pasaran komputer riba global yang sihat.

“Pelancaran ini sekali gus menandakan pencapaian utama dalam sejarah pembangunan komputer riba Acer yang memberikan pengalaman ultra dalam penggunaan komputer kepada pencinta gajet,” katanya pada majlis pelancaran Acer Aspire S3 Ultrabook di Kuala Lumpur, semalam.

Aspire S3 yang dikuasakan oleh pemproses Intel Core generasi kedua tampil dengan dua inovasi baru termasuk, instant On yang menawarkan maklum balas permulaan penggunaan pantas dan Instant Connect yang membolehkan pengguna mengakses Internet dalam masa 2.5 saat iaitu empat kali lebih laju berbanding sambungan Internet konvensional.

Ia direka bagi memenuhi keperluan pengguna, Acer Aspire S3 Ultrabook menggabungkan kuasa dan produktiviti sebuah komputer riba dengan ciri penting telefon pintar dan tablet PC seperti pantas untuk dihidupkan dan penyambungan Internet.

Dengan hanya senipis 13mm dan berat kurang 1.4 kilogram, Acer Aspire S3 Ultrabook pertama dengan model S3-951-2464G34 boleh mula didapati selepas 10 Oktober depan di semua penjual sah utama Acer seluruh negara pada harga RM2,599.

Sementara itu, sehingga suku kedua tahun ini, Acer menguasai pasaran komputer bagi sektor mudah alih di Malaysia sebanyak 22 peratus dan merupakan jenama nombor satu bagi sektor itu pada 2010.


Dalam pada itu, Ricky berharap agar pihak kerajaan memberi lebih kelonggaran kepada golongan kumpulan pekerja untuk membeli komputer dengan menggunakan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sempena Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...