Subscribe:

Ads 468x60px

Thursday, October 13, 2011

Telefon Pintar LG

LG Lancar Telefon Pintar Saingi Apple, Samsung
BERMACAM jenis telefon pintar telah berada di pasaran sekarang dan yang terbaru produk keluaran LG. Syarikat elektronik Korea Selatan, LG Electronics (LG) hari ini telah melancarkan telefon pintar baharu yang dilengkapi dengan teknologi perhubungan pantas ultra dalam usaha menyaingi Apple dan Samsung.


LG merupakan syarikat pembuat telefon mudah alih ketiga terbesar dunia. Telefon pintar baharu berkenaan dikenali sebagai Optimus LTE menyokong aplikasi internet tanpa wayar 4G dan dilengkapi dengan teknologi definisi tinggi (HD) bagi gambar dan video yang lebih baik daripada pesaing.
 
Teknologi internet tanpa wayar 4G Optimus LTE telah menggunakan teknologi evolusi jangka panjang (LTE) yang dijamin menyediakan kelajuan trafik data dan akses yang lebih cepat ke atas aplikasi seperti program televisyen, filem, video serta pelayaran internet.

Bulan lepas, syarikat pembuat telefon mudah alih kedua terbesar dunia, Samsung telah melancarkan telefon pintar Galaxy S II yang mempunyai teknologi LTE yang sama.

Oleh kerana teknologi LTE menjadi keutamaan dalam semua telefon mudah alih pintar ketika ini, maka teknologi paparan HD akan menjadi faktor penentu.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...