Subscribe:

Ads 468x60px

Friday, October 21, 2011

HP Compaq 8200 Elite All-in-One

Komputer Untuk Bisnes

HP kini mengembangkan perniagaan komputer peribadi (PC) Elite dengan PC industri semua-dalam-satu (AiO) yang pertama menggunakan Intel Core generasi kedua teknologi vPro. Model berkenaan mempunyai keupayaan 40 peratus lebih baik, 15 peratus akses pemacu keras lebih pantas dan mengurangkan downtime melalui pengurusan teknologi maklumat mudah alih.



Sesuai untuk perniagaan kecil dan sektor awam HP Compaq 8200 Elite, AiO menawarkan pencapaian yang tinggi, keselamatan dan fungsi pengurusan mudah alih selain perkakasan bersepadu yang membenarkan hubungan antara perniagaan dengan pekerja di pejabat antara bandar atau di seluruh dunia.
 
Pengarah Pemasaran Komputer Meja Komersial HP, Jeff Groudan berkata, kemunculan komputer Elite membuktikan komitmen HP bagi menghasilkan pengkomputeran untuk golongan itu yang cemerlang.

HP Compaq 8200 Elite All-in-One mempamerkan inovasi perkakasan dan perisian bagi kategori AiO. Rekaan nipis, fleksibel dan sesuai untuk perniagaan.

Menampilkan monitor LED definisi tinggi penuh (full HD) 23 inci,model berkenaan dilengkapi kamera video bersepadu, mikrofon dan pembesar suara bagi komunikasi empat mata.

SRS Premium Sound adalah untuk mendapatkan pengalaman bunyi sempurna dengan bunyi persekitaran. 


Ia juga datang dengan lesen HP Virtual Room selama setahun, membolehkan persembahan slaid, mesyuarat kumpulan, latihan dan kelas dalam pusat persidangan dalam talian mudah digunakan.

HP Compaq 8200 Elite semua dalam satu datang dengan jaminan tiga tahun bagi alat ganti dan tenaga kerja pada perkhidmatan di lapangan.

Ia memberikan sokongan pelanggan premium melalui HP Total Care dan HP Care Pack Services dan menawarkan kontrak perkhidmatan yang lebih panjang berbanding jaminan standard bagi membantu memaksimumkan pelaburan di masa akan datang.

Tambahan kepada AiO yang pertama ke HP Compaq 8200 Elite Desktop Series, HP Compaq 8200 Elite menyokong pemprosesan Intel terkini dan chipset Intel Q67 Express kepada keupayaan memaksimumkan keupayaan pengkomputeran.

Ia juga menggunakan Intel Turbo Boost Technology 2.0 dan Intel Hyper-Threading Technology untuk meningkatkan pelbagai tugas secara bersepadu.

Mudah diguna dan diuruskan, HP Compaq 8200 Elite dilengkapi Intel Standard Manageability dan ciri HP BIOS bersama-sama dengan teknologi Intel vPro bagi membolehkan pengurusan komputer mudah alih dan isu resolusi.

HP Compaq 8200 Elite All-in-One juga menunjukkan peralatan keselamatan HP Elite-class bagi membantu melindungi data perniagaan yang kritikal.

Ini termasuk cip keselamatan standard TPM 1.2 bagi enkripsi berasaskan perkakasan serta meningkatkan enkripsi peribadi melalui pakej penuh HP ProtectTools termasuk HP DriveLock, HP Digitalpass dan HP Face Recognition.



Bagi pelanggan perniagaan kecil dan sederhana yang mencari penyimpanan data, perkongsian fail yang fleksibel, model tersebut menyokong sehingga sistem memori 8GB DDR3 SDRAM PC3-1333 dan dua slot memori, slot mini PCI Express (PCIe) dan pemacu.

Ia juga menawarkan pilihan kapasiti Solid State Drive (SSD) bagi akses data lebih laju, senyap dan sejuk berbanding pemacu keras standard.

Harganya bermula dengan RM3,288 dan telah berada di pasaran.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...