Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, December 31, 2011

Cukai Gemuk Di Perancis

PARIS 30 Dis. - Perancis meluluskan satu cukai 'gemuk' ke atas minuman berkarbonat dalam usaha membendung obesiti di kalangan kanak-kanak dan membantu meningkatkan pendapatan negara. Majlis Perlembagaan Perancis, semalam meluluskan cukai baru minuman berkarbonat itu selepas mengumumkannya pada Ogos lalu.


Kerajaan mengumumkan bahawa cukai baru itu hanya akan menambah satu pence (RM0.50) kepada satu tin minuman berkenaan seperti Coca-Cola atau Fanta. Bagaimanapun, minuman 'diet' akan dikecualikan daripada cukai berkenaan.

Pendekatan baru itu iaitu kenaikan cukai daripada tiga kepada enam sen euro itu dijangka meningkatkan pendapatan negara lebih 100 juta pound (RM498 juta) setahun.


Menurut pengumuman itu, perolehan itu dijangka digunakan bagi membiayai bayaran keselamatan sosial untuk petani.

Dalam pada itu, syarikat-syarikat minuman termasuk Coca-Cola mengecam cukai berkenaan.

Coca-Cola pada September lalu berkata, pihaknya menangguhkan rancangan pelaburan bernilai 17 juta euro (RM69.85 juta) untuk membina kilang di selatan Perancis sebagai bantahan kepada cukai tersebut.

Cukai itu diperkenalkan selepas kerajaan mengumumkan penurunan cukai sos tomaro dan garam di kantin sekolah.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...