Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, October 3, 2011

Generasi Terbaru Lumix


MENDEPANI cabaran dunia teknologi kamera kompak, Lumix bukan jenama asing buat penggemar gajet tersebut. Dikeluarkan oleh Panasonic, legasi kamera kompak Lumix ini terus mendapat tempat di hati peminatnya sejak mula ia diperkenalkan. Bermula dengan siri pertama Lumix DMC-LC5 yang diperkenalkan pada tahun 2001 jenama ini terus mendapat tempat dan menguasai trend dalam generasi baru sistem lensa kamera tanpa cermin berbilang kanta.
 

Kini Panasonic kembali lagi mempertaruhkan siri baru daripada siri sistem mikro Lumix G iaitu model Lumix GF3 dan Lumix G3 yang turut dilengkapi bersama lensa 25 milimeter (mm). Jelas Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Jeff Lee, kemunculan ke dua-dua model tersebut bakal mewujudkan budaya fotografi yang baru bagi kamera sistem, sekali gus bakal mengukuhkan kedudukan siri tersebut untuk menguasai pasaran pada tahun ini.

"Kamera baru Lumix G mikro sistem tanpa cerin berbilang kanta ini adalah strategi kami untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kamera saiz kecil setanding dengan ciri, fungsi serta kualiti yang ditawarkan oleh kamera digital lensa tunggal (DSLR).

"Oleh itu, model baru ini direka untuk menarik dan mengubah pengguna kamera kompak yang mahukan fleksibiliti dalam penggunaan kamera berbilang kanta dengan sistem tanpa cermin yang boleh merakam imej serta video pada kualiti tinggi," ujarnya.

Beliau berkata sedemikian pada majlis pelancaran dua model kamera Lumix G di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Jeff, dua model kamera baru tersebut membawa inovasi lanjutan bagi model generasi ketiga yang dilengkapi dengan ciri-ciri prestasi yang lebih tinggi dan mudah digunakan.

Lumix GF3 bakal merealisasikan ciri-ciri yang dikehendaki oleh pengguna daripada sebuah kamera berbilang kanta DSLR yang besar kepada kamera ultra kompak hala dan rakam (poin-and-shoot).

Bersaiz hanya kira-kira selebar dan setinggi telefon pintar, ringan dan mudah dioperasikan bakal menjadikan Lumix GF3 digilai ramai.

Pengurangan paling ketara bagi siri ini adalah dari segi saiz dan beratnya berikutan perubahan teknologi baru kamera tanpa cermin dan sensor format DSLR yang besar kepada sistem kompak Micro Four Thirds (MFT).

Ditambah dengan kelas baru Kamera Sistem Kompak (CSC) menawarkan berat serta saiz yang lebih ideal untuk kawalan kreatif seperti sentuhan skrin, flash, serta auto fokus (AF) berkelajuan tinggi (kelajuan AF terpantas di dunia dalam 0.1 saat).

Malah, kualiti imej yang dirakam oleh penderia DMC-GF3 setanding penderia DSLR 12.1 mega piksel bersama teknologi pemprosesan imej yang lebih canggih.

Lumix GF3 terdapat dalam warna hitam, putih, merah, coklat dan merah jambu dan dilengkapi bersama lensa kit utama 14 mm (bersamaan 28 mm apabila dipasang pada kamera).

Seterusnya Lumix DMC-G3 yang merupakan model terbaqru dalam siri kamera kompak ala DSLR Micro Four Third dengan pencari titik hidup (live view finder).

Ia lebih ringan dan kecil daripada pendahulunya Lumix G2 dan mempunyai penderia fokus automatik 16 mega piksel yang lebih pantas serta serba baru.

Memiliki skrin seluas tiga inci menawarkan kawalan sepenuhnya melalui teknologi skrin sesentuh yang lebih responsif serta memiliki keupayaan merakam filem penuh berdefinisi tinggi (HD).

Lumix DMC-G3 terdapat dalam warna hitam, putih merah dan coklat.

Di samping itu, Panasonic turut memperkenalkan Kanta Leica 25 mm untuk kegunaan kamera kompak siri Lumix G.

Dikenali sebagai Leica DG Summilux 25 mm/F1.4 ASPH (kamera 35 mm bersamaan 50 mm) ia direka khas bagi kegunaan Sistem Mikro Lumix G Leica DG Summilux 25 mm/ F 1.4 ASPH versi terbaru.

Memiliki nilai bukaan lensa yang lebih baik iaitu F 1.4 ia mampu merakam kesan soft fokus dengan lebih baik untuk menghasilkan gambar dan video dengan lebih baik dan menakjubkan.

Justeru, dengan kehadiran lensa baru ini, pemiliknya juga tidak lagi perlu bimbang untuk merakam imej yang bagus didalam keadaan cahaya yang samar-samar malah ia juga turut dapat mengurangkan penggunaan flash.

Untuk maklumat lanjut dan maklumat lebih terperinci layari laman web Panasonic dialamat www.panasonic.com.my.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...