Subscribe:

Ads 468x60px

Thursday, September 15, 2011

Countdown UNIQLO Bermula


PERSISIRAN segi tiga emas akan terus memancarkan ritma glamor dunia fesyen antarabangsa dengan kemunculan gedung fesyen dari negara matahari terbit yang dikenali sebagai UNIQLO.

Terkenal sebagai jenama fesyen No.1 di Jepun, kegagahan struktur premis fesyen yang terletak di tengah-tengah tumpuan beli-belah Bukit Bintang ini secara rasminya akan dibuka kepada orang ramai pada tanggal 4 November ini.

Tapi nanti dulu. Bukan sekadar acara pembukaan yang biasa. Perasmiannya yang akan diserikan dengan kehadiran bintang-bintang hebat tanah air dan antarabangsa serta tidak ketinggalan Pengasas UNIQLO, Satoshi Onoguchi.

Lebih menarik apabila 5 pengunjung yang datang pada jam 11 pagi pada tanggal berkenaan akan diundang ke Jepun dengan segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya.

Jadi, tandakan kalendar harian siap-siap untuk menjadi 500 pengunjung pertama yang diberi keistimewaan mundar-mandir dan membeli-belah ke gedung terbesar di Asia Tenggara berkenaan selain berpeluang memenangi tiket ke negara fesyen harajuku berkenaan.

“Para peminat tentu gembira kerana terdapat lebih 500 pilihan pakaian kasual asas yang menarik daripada UNIQlO yang boleh didapati di gedung besar kami di atas kawasan seluas 2,140 meter persegi ini.

“Kami teruja kerana rakyat Malaysia kini boleh menikmati pilihan pakaian yang bergaya, bermutu tinggi dan mampu dibeli daripada UNIQLO,” kata Satoshi dalam satu kenyataan.

UNIQLO bukan saja mereka cipta, malahan juga mengeluar, memasar dan menjual pakaian kasual serta merupakan salah satu daripada 10 peruncit pakaian khusus terbaik dunia dari jenama Theory, Helmut Lang, Comptoir Des Cotonniers, Princess tam.tam, g.u dan Candish.

Sempena pembukaan rasminya itu juga, pelbagai acara menarik termasuk kejutan dan hadiah hebat menanti setiap pengunjung bertuah.

Beg tote asli lagi eksklusif UNIQLO akan diberikan kepada 1,000 pelanggan pertama yang beratur ketika pembukaan gedung. Malah, para pelanggan akan diberikan beg tote berkenaan secara percuma dengan setiap pembeliuan mana-mana produk melebihi RM200 dalam satu resit.

Juga, nikmatilah harga pengenalan yang rendah untuk barangan terpilih seperti koleksi kemeja-T grafik UNIQLO, seluar denim bermutu tinggi ataupun jaket bulu kambing biri-biri pada harga paling memuaskan.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...