Subscribe:

Ads 468x60px

Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts

Monday, December 12, 2011

Jennifer Aniston Wanita Paling Seksi

Bintang filem Friends With Benefits, Jennifer Aniston dinobatkan sebagai wanita paling seksi sepanjang zaman. Menerusi undian yang dilakukan laman web MensHealth.com., pelakon yang kini sedang bercinta dengan Justin Theroux itu berjaya mengalahkan selebriti lain termasuk bintang legenda Marilyn Monroe, Madonna dan Angelina Jolie.


Pelakon berusia 42 tahun itu bagaimanapun menyangka pelakon kelahiran Perancis, Bridgitte Bardot dan aktivis wanita, Gloria Steinem bakal memenangi gelaran tersebut. Mereka berdua (Bardot dan Steinem) mempunyai keistimewaan masing-masing.

Sunday, November 27, 2011

Robot Kawal Penjara

Sebuah penjara di bandar Pohang, timur Korea Selatan merancang untuk menggunakan robot bagi memantau banduan, sekali gus dapat meringankan beban warden penjara mengawal keselamatan. Buat permulaan, tempoh percubaan selama tiga bulan akan dilakukan bagi melihat keberkesanan penggunaan robot tersebut.
 

Menurut penyelidik, mesin setinggi 1.5 meter yang dibangunkan Forum Asia untuk Hukuman itu akan memantau kelakuan luar biasa banduan-banduan.

Saturday, October 29, 2011

Pembinaan 'Menara pokok' Berkembar

MACAM-macam orang nak buat sekarang ne, dari pembinaan menara tertinggi di dunia, sekarang ada idea lain pulak nak buat menara pokok berkembar. Dikatakan menara tersebut dalam proses pembinaan di Milan, Itali dan gambar di bawah merupakan lakaran artis mengenai konsep hutan di menara pokok berkembar tersebut. 'Menara pokok' berkembar yang diberi nama 'Bosco Verticale' yang dipenuhi pokok-pokok dan tumbuhan renek, mungkin menjadi menara pertama seumpamanya di dunia.


Menara berkembar yang sedang dalam pembinaan dengan setiap satu menara setinggi 111 meter dan 79 meter itu bakal menempatkan kira-kira 730 pokok, 5,000 tumbuhan renek serta 11,000 tumbuh-tumbuhan lain.

Friday, October 21, 2011

Penurap Bata Hasilkan Model Jet Pejuang

SEORANG penurap bata, Gyorgy Lanczendolfer membuat beberapa model jet pejuang di Barsonyos, 90 kilometer ke barat Budapest, Hungary.


Dia menggunakan barang lusuh untuk membuat jet-jet pejuang itu. Penurap bata itu memiliki bengkelnya sendiri untuk menghasilkan model jet berkenaan.

Saturday, October 15, 2011

Legoland Terbesar Di Dunia

TAMAN tema Legoland terbesar di dunia, dibuka semalam di Florida, sekali gus menarik minat pelbagai lapisan masyarakat untuk menikmati kesenian permainan berbentuk kubik itu. Legoland yang terletak di Winter Haven akan menjadi taman tema terbaru selepas Disneyland, Universal Studios dan Harry Potter World. 


Taman tema yang dikelilingi bangunan-bangunan diperbuat daripada kubik lego itu menjadikan pengunjung kanak-kanak berusia dua sehingga 12 tahun sebagai kumpulan sasaran.

Thursday, October 6, 2011

Lelaki Paling Seksi Di Dunia

Robert Pattinson Lelaki Paling Seksi Di Dunia

Bintang filem Twilight, Robert Pattinson dinamakan sebagai lelaki paling seksi di dunia oleh majalah Glamour pada tahun ini. "2011". Pattinson menduduki tangga teratas senarai 50 Lelaki Paling Seksi majalah Glamour untuk tahun ketiga selepas menyingkirkan pencabar kuat yang juga bintang gandingannya dalam filem pontianak itu, Taylor Lautner.


Lautner menduduki tangga kedua diikuti pelakon Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides, Johnny Depp. Bintang bola sepak terkenal, David Beckham dan pelakon filem High School Musical, Zac Efron pula masing-masing menduduki tangga keempat dan kelima carta.

Saturday, September 24, 2011

Undang-Undang Pelik


Anda pernah dikenakan tindakan undang-undang tak?. Setiap orang mungkin pernah atau sekurang-kurangnya dikenakan saman oleh pihak berkuasa atas kesalahan-kesalahan tertentu. Undang-undang berbeza bagi setiap negara di dunia ini.

Memandu tanpa baju, membayar menggunakan wang syiling dan mengunyah gula-gula getah boleh mendatangkan masalah antara anda dan pihak berkuasa di seluruh dunia.

Friday, September 23, 2011

Bill Gates Paling Kaya Di AS


STATUS ekonomi AS yang tidak menentu sejak kebelakangan ini tidak menghalang pengasas gergasi perisian komputer Microsoft, Bill Gates mengungguli tempat teratas individu terkaya di AS selama 18 tahun berturut-turut.

Senarai tersebut yang di keluarkan oleh majalah Forbes kelmarin, turut menyenaraikan 400 orang terkaya di negara kuasa besar berkenaan.

Wednesday, September 21, 2011

10 Kelab Bola Sepak Terkaya

Ini merupakan 10 Kelab Bola Sepak Terkaya Di Dunia 2011.

1. REAL MADRID
Nama Kelab: Real Madrid Club de Fútbol
Gelaran: Los Blancos (The Whites), Los Merengues (The Merengues)
Negara: Spain
Ditubuhkan Pada: 6 Mac 1902 (108 Tahun)
Stadium: Estadio Santiago Bernabéu, Madrid (80354 capacity)
Pemilik Kelab: Alfredo Di Stéfano & Florentino Pérez
Pengurus: José Mourinho
Liga: La Liga
Aset: $438.6 Euro

Saturday, September 17, 2011

Bukan Sayur Biasa


Besarnya bawang tu... Macam mana yea die orang tanam sampai bawang boleh besar macam tu sekali.

Pete Glazebrook menunjukkan bawang ditanamnya seberat 8.15 kilogram yang diiktiraf sebagai bawang terbesar di dunia ketika menyertai pertunjukkan Bunga Musim Luruh Harrogate di utara England.

Saturday, September 10, 2011

10 Lelaki Terkaya

INI adalah 10 senarai lelaki terkaya, kemungkinan anda juga tersenarai sebagai salah seorang lelaki terkaya di dunia.
 

MENURUT Majalah Forbes, terdapat 1,011 bilionair di seluruh dunia tahun ini. Mereka menguasai hampir keseluruhan ekonomi global, dari tenaga dan keluli hingga fesyen dan telekom.
Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...