Subscribe:

Ads 468x60px

Bisnes

Masa kini ramai orang memulakan bisnes sendiri ataupun menceburi bidang perniagaan. Terpulanglah kepada kehendak individu itu sendiri sekiranya ingin melibatkan secara sepenuh masa atau secara sambilan ataupun juga sekadar memenuhi masa terluang daripada terbuang begitu sahaja. Banyak peluang perniagaan yang boleh diceburi dan ianya terbuka luas bagi sesiapa pun yang ingin mengambil kesempatan ini. Tempat-tempat perniagaan sudah banyak dibina dan ianya boleh dilihat di hadapan rumah anda sendiri. Banyak kedai-kedai dibina dan sesungguhnya masyarakat kita telah sedar tentang peluang yang besar menanti bagi yang cepat merebut peluang. Antara jenis perniagaan yang semakin berkembang pesat adalah perniagaan internet. Semua orang boleh mengambil peluang ini kerana ianya terbuka luas, iaitu dunia tanpa sempadan. Baca dan fahami serta ambillah keputusan yang terbaik..

Perniagaan Internet

Perniagaan internet merupakan satu model perniagaan secara online yang menggunakan internet sebagai medium pengantaraan. Aktiviti ini merangkumi penggunaan laman web bagi tujuan jual beli produk atau perkhidmatan kepada pelanggan, melakukan pemasaran, menerima bayaran melalui internet dan pengurusan khidmat pelanggan secara online.

Perniagaan internet tidak jauh berbeza konsepnya dengan perniagaan konvesional. Anda masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Apa yang berbeza hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut, dimana, transaksi tersebut dijalankan secara online. Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan berada beribu-ribu batu jauhnya.

Perniagaan internet pula boleh dibahagikan kepada 2 bentuk. Iaitu , sama ada "perniagaan yang berasaskan" produk ataupun "perniagaan yang berasaskan perkhidmatan".

1. Bagi perniagaan internet yang berasaskan produk, ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis produk iaitu, sama ada produk fizikal ataupun produk digital.

Antara produk fizikal yang boleh dijual diinternet seperti buku, pakaian, cenderamata, makanan kesihatan dan bermacam lagi.

Manakala bagi produk digital seperti ebook, perisian-perisian, gambar, video dan bermacam-macam lagi. Penjualan produk berbentuk digital lebih mudah kerana semuanya 100% melalui online dan tidak perlu bersusah payah untuk menghantar barang pesanan pelanggan.

2. Perniagaan yang berasaskan perkhidmatan pula adalah seperti perkhidmatan membina website, menulis dan menterjemah artikel, memasang perisian dan banyak lagi perkhidmatan yang ditawarkan.

Kelebihan perniagaan internet ialah modal untuk memulakan perniagaan adalah minima, hanya memerlukan ilmu, masa dan ada juga yang memerlukan sedikit modal tetapi tidaklah besar seperti perniagaan konvesional. Ianya terpulang kepada anda sendiri untuk membuat pilihan.

Sebenarnya banyak lagi perniagaan yang boleh dilakukan diinternet. Ada juga program-program menjana pendapatan yang ditawarkan diinternet, semuanya hanya dihujung jari anda. Ada yang percuma dan ada yang melibatkan pelaburan wang anda. Tetapi perlu diingat, anda juga perlu berhati-hati kerana banyak juga penipuan yang berlaku diinternet. Sebelum anda menyertai sesuatu program, anda haruslah menilai terlebih dahulu sebelum membuat tindakan selanjutnya.


Program Affiliate

Kebanyakan setiap orang mempunyai blog mereka sendiri. Ada blog peribadi, ada untuk tujuan bisnes atau perniagaan dan juga ada untuk suka-suka, terpulang kepada kehendak masing-masing. Apa salahnya sekiranya blog anda itu boleh digunakan untuk membuat keuntungan kepada diri anda. Sambil anda berblog, boleh juga jadikan blog anda itu sebagai alat untuk membuat duit "sambil menyelam sambil minum air". Buat secara sampingan atau secara suka-suka sudah memadai walaupun mungkin hasilnya sedikit "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit". 

Sekiranya anda telah mencipta laman web atau blog anda sendiri, bagaimanakah anda boleh membuat duit dari blog anda?. Sebenarnya banyak cara untuk membuat duit diinternet ne, termasuklah dengan blog anda. 

Anda boleh membuat wang dengan mempromosikan produk atau secara mudahnya dengan meletakkan iklan di blog anda. Bagaimana tu?. Dari manakah iklan tersebut datang?. 

Anda boleh mendapatkan iklan dengan menyertai rangkaian affiliate dan program-program affiliate yang akan memberikan anda iklan mereka bagi mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka. Sekiranya produk atau perkhidmatan mereka terjual anda akan diberi bayaran atau komisen mengikut peratusan yang telah dipersetujui. 

Rangkaian-rangkaian affiliate dan program-program affiliate juga akan membayar anda bagi setiap "tindakan" tertentu pada iklan. Mereka mempunyai pelbagai kategori untuk iklan seperti:

Pay Per Click - Di mana anda akan dibayar apabila iklan mereka "iklan yang anda promosikan" diklik

Pay Per Lead - Anda akan dibayar apabila seseorang itu mendaftar dengan pengiklan. Contoh yang paling mudah adalah anda akan dibayar setiap kali anda berjaya membuatkan seseorang memasukkan nama dan email mereka di iklan promosi anda.

Pay Per Sale - Anda akan dibayar apabila seseorang membeli sesuatu dari pengiklan. Biasanya kadar bayaran atau komisen yang anda akan terima adalah lebih tinggi.

Berikut adalah sebahagian rangkaian affiliate dan program-program affiliate yang terdapat di Malaysia dan juga dari luar negara. Beribu-ribu orang telah menyertainya dan kebanyakan mereka yang menyertai telah pun di bayar komisen mereka. 

Ianya terbuka kepada rakyat Malaysia untuk menyertai sebagai affiliate mereka tetapi sesetengah memerlukan anda mempunyai domain sendiri. Walaupun begitu kebanyakan program affiliate menerima semuanya tidak kira anda menggunakan blog yang berbayar atau yang percuma. 

Semua rangkaian affiliate ini adalah percuma untuk disertai. 

Nuffnang Malaysia - rangkaian pengiklanan blog Malaysia bagi rakyat Malaysia. 

Advertlets - blog lain rangkaian pengiklanan Malaysia. 

MyDeal.com.my - mendapat tawaran istimewa, kupon Menggalakkan MyDeal Malaysia Google 

Adsense - pembayaran melalui cek atau Western Union Money Transfer. 

ClickBank - pembayaran melalui cek. 

Shareasale Rangkaian Affiliate - pembayaran menggunakan cek. 

MaxBounty - bayaran melalui Paypal. 

Suruhanjaya Junction - pembayaran melalui cek. 

Panthera Network - pembayaran melalui cek dan pembayaran berikutnya oleh Paypal (Selepas Pengesahan). 

Amazon - pembayaran melalui kad hadiah atau daftar. 

CheckMyStats Rangkaian Affiliate - bayaran melalui Paypal. 

Lucky Pasifik Affiliate Network - dibayar menggunakan akaun Paypal. 

AffiliateFuture - bayaran melalui pemindahan bank. 

Daftar untuk akaun Paypal percuma di sini. 

Terdapat banyak lagi rangkaian affiliate yang lain dan program-program affiliate di luar sana, tetapi ini adalah sebahagian yang telah pun disertai dan terbukti mendapat bayaran dari pengiklan. 

Mula membuat duit hari ini, menyertai program-program ini secara percuma dan mula membuat wang di internet dengan blog anda.
Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...