Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, October 25, 2011

Telefon Lasak Sonim

BERITA baik bagi mereka yang gemarkan sukan dan kerja lasak kerana mereka oleh membawa telefon mudah alih yang tahan lasak ke mana saja. Mereka tentu saja sukakan telefon mudah alih yang boleh direndam dalam air, diletakkan dalam tempat sejuk dan panas yang ekstrem, jatuh dari tempat tinggi, dibaling malah dilanggar trak dan boleh digunakan.


Kini sebuah syarikat tempatan BBC Technology telah dilantik sebagai pengedar dan pengimport tunggal untuk pasaran tempatan oleh sebuah syarikat pengeluar telefon lasak yang beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS) Sonim Technologies Inc.

BBC Technology kemudian bekerjasama dan melantik syarikat Global Advance System Sdn Bhd (GAS) sebagai pengedar utama untuk memasarkan pelbagai produk Sonim di seluruh negara.


BCC dan GAS dikatakan amat yakin bahawa jenama Sonim akan diterima oleh industri dan sasaran pasaran.

Penghantaran pertama Sonim model XP5300 Force telahpun habis dijual kepada pengguna yang memerlukan telefon yang kuat dan lasak terutama kalis air, tahan gegaran dan jangka hayat bateri yang tahan lama.

Antara kumpulan pertama yang membeli telefon lasak Sonim adalah jurutera tapak, pemilik resort, penunggang motosikal berkuasa tinggi, pemilik lading, peminat peralatan elektronik dan peminat sukan lasak yang menunggu kehadirannya sejak lama dulu.

Telefon Sonim terkenal sebagai telefon tahan lasak kepada pekerja-pekerja di persekitaran luar yang melampau dan peminat aktiviti sukan lasak.

Ia direka khusus dan dibuat berasaskan pengalaman yang diperoleh daripada penjualan dan perkhidmatan kepada lebih daripada setengah juta pelanggan Sonim di seluruh dunia.

Telefon mudah alih tahan lasak Sonim amat sesuai digunakan dalam sektor seperti keselamatan, agensi penguatkuasa, pembinaan, perikanan, pertanian, penternakan, minyak dan gas, pelancongan dan hotel, sukan dan aktiviti lasak seperti berbasikal, motosikal, mendaki gunung dan berkayak.

XP5300 FORCE 3G juga mempunyai tahap profesional sistem penentu kedudukan global (GPS) yang mempunyai ketepatan tinggi.

Dengan itu, pengguna akan dapat menerima kedudukan lokasi lebih tepat walaupun dalam keadaan isyarat GPS agak lemah, menjejaki lokasi sehingga 24 jam dan menghantar lokasi ke pelayan setiap lima minit.

Keupayaan kamera dua megapiksel dengan flash LED dan zum digital bagi merakam foto yang kritikal di lokasi.

Selain itu, Sonim juga telah meningkatkan keupayaan memori serta kelajuan untuk kegunaan aplikasi Java dan aplikasi lain yang perlu untuk beroperasi.

Sonim XP5300 FORCE 3G meningkatkan keselamatan pengguna dengan membolehkan panggilan dibuat di bawah keadaan yang kritikal dengan peralatan antena yang berkualiti tinggi.

Ini bagi memastikan telefon mempunyai isyarat yang lebih baik dan system audio yang kuat dengan pembesar suara 23 mm dan semua ciri berkenaan dilindungi oleh GorePotective Vent.

Papan kekuncinya juga direka bentuk untuk memudahkan penggunaan dengan menggunakan sarung tangan dan mempunyai paparan resolusi yang lebih tinggi dengan jarak penglihatan luaran yang baik.

Ciri berkenaan juga menyumbang kepada produk yang dapat dipercayai seta mampu meningkatkan tahap keselamatan diri dalam situasi kritikal.

XP5300 FORCE 3G boleh didapati di pasaran dengan harga runcit RM1,999 dan pihak BCC dan GAS sedang dalam usaha melantik pengedar di seluruh negara bagi memastikan telefon Sonim boleh didapati di seluruh negara menjelang akhir tahun.

Mereka juga akan membawa masuk model lain telefon lasak Sonim dalam masa terdekat bergantung kepada permintaan pasaran dan teknologi terkini Sonim.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...