Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, October 17, 2011

Kamera Samsung ST700

INGINKAN sebuah kamera yang mampu merakamkan gambar dan video dengan dengan kualiti yang menakjubkan setanding DSLR? Samsung ST700 adalah jawapannya, walaupun hanya kamera kompak namun mempunyai fungsi sehebat DSLR.


ST700 merupakan kamera digital dengan reka bentuk bergaya dan pelbagai fungsi, dilengkapi dengan paparan skrin sentuh penuh belakang 3.0 inci dan 1.8 inci untuk skrin hadapan, bersama 16.1 mega piksel, lima kali zum optik dan lensa 26 milimeter Varioplan.

Skrin 1.8 inci skrin LCD hadapan ini memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mengambil gambar sendiri, yang memberikan pilihan sama ada ingin membuka skrin depan sahaja atau kedua-duanya.

Selain itu, mod Pose Guide juga membolehkan pengguna menangkap gambar dengan gaya yang terdapat dalam mod diinginkan dan mod Jump Shot untuk mengambil gambar lompat dengan baik - tiga keping gambar dalam setiap lompatan.

Manakala, bagi pengguna yang mempunyai anak kecil, ST700 juga mempunyai mod untuk animasi kanak-kanak - dipaparkan pada skrin hadapan untuk menarik kanak-kanak ketika gambar dirakamkan. Jika ingin menambahkan kreativiti, pengguna juga boleh mencipta animasi atau tayangan sendiri.

Dari segi rakaman video, ST700 boleh merakamkan gambar dengan kemampuan definisi tinggi 720p bersama bunyi sekeliling yang jelas. Manakala, ciri Smart Auto pula dapat membantu pengguna menangkap gambar lebih menawan, jelas, baik dan terang.

ST700 juga dilengkapi mod efek untuk mencipta tayangan gambar sendiri yang dirakamkan - memberi kemudahan kepada pengguna dalam pembuatan video dan foto yang menawan. Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh menambahkan bingkai mengikut kegemaran menerusi mod Magic Frame.


Berbeza dengan kamera digital lain, ST700 juga boleh merakamkan suara dan audio dengan jelas, sesuai kepada penulis yang menggunakan kamera kompak untuk menangkap gambar ketika tugasan luar dan pada masa boleh merakamkan suara semasa sidang akhbar.

Samsung ST700 boleh didapati dengan harga RM999 dalam empat pilihan warna iaitu perak, hitam, emas dan merah.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...