Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, October 3, 2011

Nikon Kini Di KLCC


INGIN melebarkan sayap perniagaannya, pengeluar kamera terkenal Nikon kini membuka cawangan terbaru mereka di pusat membeli belah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Ia berikutan maklum balas yang menggalakkan diterima daripada pengunjung serta peminat yang mengunjungi cawangan kedai Nikon pertama di negara ini iaitu di pusat membeli belah Alamanda, Putrajaya sebelum ini. 


Menurut Pengurus Besar, bahagian Pemasaran Produk Pengguna, Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd., David Ng Choon Yiak, pembukaan cawangan baru di KLCC mampu menarik minat pembeli yang terdiri daripada rakyat tempatan mahu pun pelancong.

"Ia berikutan pusat membeli belah Suria KLCC ini merupakan tumpuan orang ramai serta pelancong asing yang utama.

"Sebelum ini produk Nikon diedarkan oleh peruncit peralatan kamera, kini Nikon ingin lebih mendekati pembeli serta peminat setia kami melalui cara ini." ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian pembukaan cawangan kedai Nikon baru di Lot C, Tingkat 3, Suria KLCC baru-baru ini.

KLCC yang terletak dalam kawasan yang dikenali sebagai Segitiga Emas di tengah-tengah Kuala Lumpur sememangnya menjadi tumpuan ramai sama ada pengunjung tempatan mahupun pelancong luar setiap hari.

Selain menjual kamera dari jenis DSLR (Digital Single Lense Reflexs), kompak mahupun aksesori gajet berkenaan, Nikon turut menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat, klinik fotografi serta bengkel.

Untuk tujuan tersebut, kedai baru itu turut dilengkapi bilik seminar sebagai bilik latihan serta penerangan khusus kepada pelanggan serta peminat setia Nikon.

Malah, Nikon turut menyediakan galeri foto didalam suasana serta hiasan khas yang dihasilkan oleh Nikon bagi membawa pengunjung lebih mendekati serta mendalami seni fotografi.

Reka bentuk kedai yang baru dibuka tersebut turut menawarkan hampir ke semua jenis kamera DSLR Nikon untuk dicuba oleh pengunjung sehingga mereka berpuas hati sebelum membelinya.

Pengunjung boleh mencuba mana-mana kamera yang disediakan dan menilai sendiri hasil imej serta kualiti yang dihasilkan oleh kamera dari Nikon.

Pelbagai aksesori kamera seperti beg, tripod, lensa serta pelbagai lagi barangan turut dijual.

Di samping kejayaan Nikon membuka pusat perkhidmatan terbesarnya di pusat membeli belah di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur serta Alamanda, pembukaan cawangan di KLCC merupakan satu tanda aras bagi Nikon untuk melebarkan sayap perniagaannya ke seluruh Malaysia.

Jelas David, terbaru, Nikon juga akan membuka cawangan baru di Kota Kinabalu, Sabah dalam masa yang terdekat ini.

Selain menawarkan peralatan kamera serta optik, Nikon turut menyediakan Perkhidmatan Profesional Nikon (NPS) untuk jurugambar dari seluruh dunia.

Untuk mengetahui aktiviti serta perkembangan terbaru NPS, peminat boleh melayari laman web di alamat http://nps.nikon.com.my.

Bagi yang berminat, anda boleh menyertai Kelab Nikon melalui Tweeter Nikon di http://twitter.com/NikonMalaysia.

Atau anda boleh klik butang 'Like' di laman Facebook Nikon di www.facebook.com/NikonMY/ dan pengunjung turut berpeluang memenangi cenderahati Nikon seperti beg, tali kamera, t-shirt, kaca mata serta majalah Nikon versi United Kingdom.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Kelab Nikon, layari laman web www.nikonclub.com.my.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...