Subscribe:

Ads 468x60px

Sunday, November 27, 2011

Robot Kawal Penjara

Sebuah penjara di bandar Pohang, timur Korea Selatan merancang untuk menggunakan robot bagi memantau banduan, sekali gus dapat meringankan beban warden penjara mengawal keselamatan. Buat permulaan, tempoh percubaan selama tiga bulan akan dilakukan bagi melihat keberkesanan penggunaan robot tersebut.
 

Menurut penyelidik, mesin setinggi 1.5 meter yang dibangunkan Forum Asia untuk Hukuman itu akan memantau kelakuan luar biasa banduan-banduan.

Robot empat roda yang dilengkapi kamera dan sensor itu mampu mengesan perbuatan berisiko banduan seperti cubaan mencetuskan keganasan atau membunuh.

Profesor Lee Baik-Chu dari Universiti Kyonggi yang mengetuai pembangunan robot itu berkata, mesin tersebut akan memberikan isyarat kepada manusia sekiranya ia mengesan masalah.

"Kita hampir melengkapkan sistem operasinya. Kami sedang melakukan kerja-kerja akhir bagi memastikan robot ini nampak lebih mesra banduan," katanya kepada agensi berita Yonhap.

Kos percubaan menggunakan robot itu selama sebulan melibatkan perbelanjaan 1 bilion won (RM2.7 juta) yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.


Ini merupakan projek terbaru Korea Selatan dalam usaha muncul sebagai sebuah negara robotik dunia.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...