Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, October 15, 2011

Legoland Terbesar Di Dunia

TAMAN tema Legoland terbesar di dunia, dibuka semalam di Florida, sekali gus menarik minat pelbagai lapisan masyarakat untuk menikmati kesenian permainan berbentuk kubik itu. Legoland yang terletak di Winter Haven akan menjadi taman tema terbaru selepas Disneyland, Universal Studios dan Harry Potter World. 


Taman tema yang dikelilingi bangunan-bangunan diperbuat daripada kubik lego itu menjadikan pengunjung kanak-kanak berusia dua sehingga 12 tahun sebagai kumpulan sasaran.

Walaupun terpaksa bersaing dengan taman-taman tema lain, Legoland mempunyai keunikan tersendiri dan dilihat boleh menggalakkan penyertaan yang lebih aktif di kalangan kanak-kanak.

Taman tema tersebut mempunyai beberapa zon interaktif yang menarik seperti zon membuat kereta, bermain dengan robot atau membina apa sahaja mengikut kreativiti masing-masing menggunakan kubik lego.

Taman tema Legoland pertama dibuka pada 1968 di Billund, Denmark, kemudian di England, diikuti di California serta Jerman dan Malaysia bakal menempatkan Legoland yang keenam di Nusajaya, Johor pada tahun 2012.


Taman tema Legoland yang pertama di Asia itu dibina di kawasan seluas 31 hektar dengan kos AS$240 juta (RM720 juta) dan menawarkan tujuh destinasi yang memberi pengalaman berbeza kepada para pengunjung iaitu Beginning, Miniland, Castle, Xtreme, Imigination, Adventure dan Town.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...