Subscribe:

Ads 468x60px

Thursday, October 6, 2011

Lelaki Paling Seksi Di Dunia

Robert Pattinson Lelaki Paling Seksi Di Dunia

Bintang filem Twilight, Robert Pattinson dinamakan sebagai lelaki paling seksi di dunia oleh majalah Glamour pada tahun ini. "2011". Pattinson menduduki tangga teratas senarai 50 Lelaki Paling Seksi majalah Glamour untuk tahun ketiga selepas menyingkirkan pencabar kuat yang juga bintang gandingannya dalam filem pontianak itu, Taylor Lautner.


Lautner menduduki tangga kedua diikuti pelakon Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides, Johnny Depp. Bintang bola sepak terkenal, David Beckham dan pelakon filem High School Musical, Zac Efron pula masing-masing menduduki tangga keempat dan kelima carta.

Lebih 40,000 pembaca majalah Glamour terlibat dalam memilih senarai paling hangat sepanjang tahun ini.

Walaupun Pattinson terus menguasai kedudukan teratas senarai ini, pembaca Glamour turut menunjukkan bahawa mereka mempunyai cita rasa yang pelbagai dengan turut mengundi pelakon veteran George Clooney dan bintang remaja, Justin Bieber.



Pelakon Scotland, Gerard Butler; bintang True Blood, Alexander Skarsgard; pelakon Tron, Garrett Hedlund; pemain bes Kings of Leon, Jared Followill dan Putera Britain, Putera Harry menyempurnakan senarai 10 teratas carta itu.

Putera William bagaimanapun tidak tersenarai dalam carta tersebut.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...