Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, December 12, 2011

Jennifer Aniston Wanita Paling Seksi

Bintang filem Friends With Benefits, Jennifer Aniston dinobatkan sebagai wanita paling seksi sepanjang zaman. Menerusi undian yang dilakukan laman web MensHealth.com., pelakon yang kini sedang bercinta dengan Justin Theroux itu berjaya mengalahkan selebriti lain termasuk bintang legenda Marilyn Monroe, Madonna dan Angelina Jolie.


Pelakon berusia 42 tahun itu bagaimanapun menyangka pelakon kelahiran Perancis, Bridgitte Bardot dan aktivis wanita, Gloria Steinem bakal memenangi gelaran tersebut. Mereka berdua (Bardot dan Steinem) mempunyai keistimewaan masing-masing.

"Sekiranya saya perlu memilih, saya akan pilih Steinem kerana dia memiliki pakej yang lengkap untuk menjadi wanita seksi," katanya.


Laman web itu turut menjelaskan karakter kelakar dan seksi yang dimiliki Aniston serta personaliti yang memukau melayakkan pelakon tersebut mendapat gelaran yang diidamkan oleh semua wanita.

Sementara itu, pelakon yang terkenal menerusi siri drama televisyen Friends tersebut menyatakan beliau tertarik dengan lelaki yang mempunyai personaliti yang seimbang.

"Perkara yang paling seksi mengenai lelaki selain memiliki perut yang sasa ialah sikap kelakar, baik hati dan seimbang," katanya.

sumber

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...