Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, October 15, 2011

Hyundai Veloster Bakal Ke Malaysia

HYUNDAI Veloster, model baharu coupe dua pintu yang menampilkan keunikan tersendiri dijangka memasuki pasaran Malaysia tahun depan. Kereta berteknologi tinggi yang mampu memukau mata sesiapa sahaja yang memandang itu mula diperkenalkan pada Pameran Kereta Antarabangsa di Detroit, Amerika Syarikat (AS) pada awal tahun ini dan kini mula memasuki pasaran di Korea. 


Bagi pasaran di negara ini, kenderaan yang dikategorikan sebagai 'seksi' itu dijana enjin siri Gamma DOHC D-CVVT Gasoline Direct Engine (GDI) yang menghasilkan 138 kuasa kuda pada 6300 rpm serta tork setinggi 123 pada 4,850 rpm.
 
Kenderaan yang mendapat sambutan hangat di sini terutamanya oleh golongan muda yang menggemari rekaan 'sporty' itu mempunyai transmisi enam kelajuan dengan mod manual dan automatik selain ciri dan kualiti melangkaui jangkaan pelanggan.

Hyundai Veloster diambil daripada perkataan 'velocity' dan 'roadster' itu dijangka mampu menarik perhatian pembeli terutama golongan muda Malaysia berdasarkan maklum balas mengenai kenderaan itu diterima Hyundai Motor Company (HMC).

Sekiranya Hyundai Veloster mahu dipasarkan di Malaysia, ia perlu menjalani proses pengubahsuaian antaranya pemanduan sebelah kanan dan enjin yang sesuai bagi melengkapi jenis minyak yang digunakan seperti di Malaysia.

Oleh itu pihaknya sedang merancang untuk mengubah suai kenderaan itu mengikut kesesuaian pelanggan negara ini.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Jualan dan Pemasaran Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd., Lau Yit Mun pula tidak menafi atau mengesahkan mengenai kemungkinan kereta tersebut bakal memasuki pasaran Malaysia tahun depan.

Kita tunggu dan lihat.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...