Subscribe:

Ads 468x60px

Wednesday, October 12, 2011

Bola Baru Euro 2012

Bola Euro 2012 Lebih Laju Berbanding Jabulani
 
BAGI merancakkan lagi Euro 2012 nanti, pengeluar bola terkenal dunia, Adidas telah mencipta bola yang lebih pantas untuk digunakan pada pusingan akhir Euro 2012 nanti. Menurut pengeluar barangan sukan dari Jerman itu, bola yang dimaksudkan itu sukar diramal pergerakannya dan bergerak lebih laju daripada bola rasmi Piala Dunia di Afrika Selatan tahun lalu iaitu Jabulani.


Mereka mencipta bola tersebut sedemikian rupa dengan harapan akan lebih banyak gol dapat dihasilkan di Poland dan Ukraine nanti. Pasti ianya sesuatu yang hebat.

Dikatakan, penjaga gol adalah pemain yang akan berdepan masalah paling besar dengan bola ini kerana pergerakannya sukar dibaca.
 
Bola ini sudah pun dicuba penggunaannya dalam saingan Liga Juara Juara Eropah.
 
Nama kepada bola baharu ini, belum didedahkannya lagi kerana ia akan diumumkan pada majlis undian di Kiev pada 3 Disember ini.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...