Subscribe:

Ads 468x60px

Thursday, October 27, 2011

Mitsubishi Perkenal Kereta Elektrik

MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) telah memperkenalkan kereta elektrik sepenuhnya yang pertama di Malaysia, Mitsubishi i-Miev. Kehadiran i-Miev di Malaysia bertujuan untuk mempromosikan penggunaan kenderaan bebas pencemaran bagi mengurangkan pemanasan global.


Kini rakyat Malaysia boleh merasai sendiri inovasi teknologi yang ditawarkan oleh i-Miev dengan memandunya.

i-Miev mampu menghasilkan kuasa sehingga 49 kW serta 180 Nm dan boleh bergerak sejauh 160 kilometer selepas dicaj selama lapan jam menggunakan kuasa 230 volt.


Kelajuan kereta berkenaan mampu mencapai 130 km/j dan prestasinya 31 peratus lebih pantas berbanding kereta berenjin petrol pada kelajuan 40 hingga 60 km/j.

Antara keunikan lain adalah kereta berkenaan boleh dicaj menggunakan soket biasa di rumah.

Sejak dilancarkan Julai 2009 di Jepun, i-MiEV telah menarik perhatian dunia kerana menjadi kereta pertama dunia menggunakan enjin elektrik sepenuhnya.



i-MiEV mula dijual kepada orang ramai pada April 2010 dan sebanyak 4,000 buah telah terjual di Jepun dan 10,000 buah di 19 buah negara di seluruh dunia.

sumber

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...