Subscribe:

Ads 468x60px

Sunday, October 23, 2011

Samsung Jual 30 Juta Galaxy

SAMSUNG Electronics Co. Ltd., mengumumkan jualan global produk telefon bimbit Samsung Galaxy S dan Galaxy SII telah mencapai sejumlah 30 juta buah. Galaxy SII telah mencatatkan rekod baharu bagi Samsung dengan menjana jualan lebih 10 juta buah, satu pencapaian terpantas dalam sejarah syarikat itu.


Pencapaian itu diteruskan lagi oleh telefon pintarnya yang sudah mencapai jualan 20 juta buah, sekali gus menjadikan ia peranti mudah alih terlaris dalam portfolio Samsung setakat ini.

Sejak dilancarkan pada tahun lalu, Galaxy S masih terus meraih populariti di kalangan para pelanggan menjadikan ia sebagai jenama mudah alih yang diiktiraf di dunia.

Selepas dilancarkan lima bulan lalu, Galaxy II telah menyaksikan kejayaan yang cukup membanggakan dan menerima ulasan cukup baik daripada pelanggan dan pemerhati industri mudah alih di seluruh dunia.

Tambah beliau, fenomena kejayaan telefon pintar itu sekali lagi menggambarkan bagaimana Galaxy S telah meletakkan piawaian yang tinggi bagi teknologi telefon pintar dunia.

Syabas Samsung, sememangnya produk keluaran samsung memang diminati ramai dengan kualitinya dan mengikut trend masa kini.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...