Subscribe:

Ads 468x60px

Thursday, October 6, 2011

Suzuki Lancar Dua Varian Sedan


SDLX Bakal Beri Saingan Sengit Kepada Honda Accord, Toyata Camry

SUZUKI Malaysia Automobile Sdn Bhd, anak syarikat DRB Hicom Bhd yang menjadi pengedar kenderaan Suzuki di Malaysia, akan melancarkan dua varian sedan premium saiz sederhana Suzuki Kizashi 2.4L di pasaran tempatan Januari depan.

 

Pengarah Urusannya, Ibrahim Maidin, berkata kemasukan dua varian itu, iaitu sedan sport 2.4L dan super deluxe SDLX 2.4L, adalah susulan maklum balas memberangsangkan diterima daripada pengguna terpilih di kalangan tokoh korporat dan rakan niaga Suzuki sejak beberapa unit terhad model itu dibawa masuk ke negara ini sebelum ini.


“Pelan cadangan berkaitan aspek logistik dan sebagainya sedang disiapkan. 

“Berikutan, secara teknikalnya, model itu tergolong antara sedan Kelas C dan Kelas D, apa yang boleh kami nyatakan di sini ialah harganya menarik, jauh lebih murah daripada sedan Kelas C yang ada di pasaran tempatan hari ini iaitu antara RM130,000 dan kurang daripada RM170,000 seunit. 

“Tangguh dulu tempahan anda. Ia cadangan pulangan nilai yang baik untuk wang anda,” katanya pada majlis pelancaran Suzuki Swift 1.5L GX di Shah Alam, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Urusan Suzuki Malaysia Automobile, Shinya Yokokawa dan Penasihat Eksekutifnya, Kenjiro Matsumoto.

Difahamkan Suzuki mempertimbangkan untuk menawarkan harga RM158,888 seunit bagi varian sedan sport dan RM138,888 bagi SDLX. 

Ia bakal memberikan persaingan sengit kepada Honda Accord 2.4L dan Toyota Camry 2.4L yang dijual pada harga melebihi RM170,000 seunit di negara ini. 

Sedan mewah saiz sederhana Suzuki Kizashi 2.4L dilancarkan di Jepun setahun lalu dijual sekitar RM110,000 seunit di negara itu. 

Mengenai Suzuki Swift 1.5L GX yang dilancarkan itu, Ibrahim berkata, ia ditawarkan pada harga RM65,888 seunit di atas jalan termasuk insurans. 

Beliau berkata, sungguhpun ia adalah kereta ekonomi bersaiz kecil, Suzuki Swift 1.5L GX tidak mengetepikan ciri-ciri keselamatan seperti model premiernya yang lain.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...