Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, October 1, 2011

Selebriti Permainan Facebook


Selebriti AS Muncul Dalam Permainan Di Facebook

Barisan bintang pop AS sedang menunggu giliran mereka untuk muncul dalam permainan Facebook paling popular, CityVille yang dicipta oleh firma permainan video Zynga. Buat permulaan, permainan video itu akan menampilkan dua selebriti terkenal AS iaitu Dr. Dre dan Lady Gaga. Pada minggu hadapan, animasi penyanyi tampan, Enrique Iglesias (gambar) pula akan menyertai permainan video tersebut.



Mulai Selasa depan, para pemain CityVille akan boleh berinteraksi dengan karekter Iglesias apabila penyanyi itu melawat 'bandar' mereka. Mereka juga berpeluang untuk mengumpul barangan artis terkenal itu dan menonton preview muzik video terbaharunya.

Zynga bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah bayaran yang diberikan kepada selebriti berkenaan untuk menggunakan imej mereka. Syarikat yang beribu pejabat di bandar raya San Francisco itu turut enggan memberitahu sama ada lebih ramai selebriti AS akan tampil dalam permainan popular itu pada masa hadapan atau sebaliknya.


sumber

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...