Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, October 1, 2011

Nissan Latio Baharu

ETCM Perkenal Nissan Latio Dipertingkat

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) memperkenalkan Nissan Latio baharu yang telah dipertingkatkan untuk kedua-dua varian iaitu hatchback lima pintu dan sedan empat pintu.


ETCM dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, Latio baharu itu digerakkan dengan enjin petrol empat silinder aluminium sepenuhnya keluaran Nissan iaitu MR18DE 1.8L untuk model hatchback dan enjin HR16DE 1.6L bagi model sedan.

Katanya, enjin-enjin tersebut menawarkan penjimatan bahan api mengagumkan tanpa menjejaskan prestasi, iaitu 7.1L/100 kilometer (km) bagi model sedan dan 7.8L/100km bagi model hatchback.

“Latio baharu dianugerahkan taraf enam bintang dalam aspek keselamatan oleh Program Penilaian Kereta Baru Jepun (Japanese New Car Assessment Program, JNCAP),” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr. Ang Bon Beng.

Beliau memberitahu, secara visualnya, Latio baharu dapat dibezakan menerusi rekaan baru gril dan bampar hadapan serta belakang yang memberikan kesan mewah dan moden.

“Lampu utamanya yang baru dengan gaya kontemporari unik dilihat sepadan dengan lampu belakang model hatchback untuk menawarkan gaya kemas serta ranggi,” katanya.

Harga di atas jalan (termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan yuran tuntutan pemilikan) untuk Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut; Nissan Latio (Sedan) 1.6 AT pada harga RM89,800.00 (Comfort) dan Nissan Latio (Hatchback) 1.8 AT RM99,800.00 (Comfort).

Latio baharu mempunyai jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...