Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, October 1, 2011

Harper Seven Bersama Beckham

Harper Seven Jarang Meragam

Bintang bola sepak terkenal, David Beckham menyifatkan anak perempuannya tidak seperti tiga anak lelakinya yang lain. Beckham, 36, berkata, Harper Seven yang berusia tiga bulan tidur sahaja sepanjang malam dan tidak banyak meragam berbanding abangnya ketika berada di usia itu.
 

Selain Harper, Beckham dan isterinya, Victoria merupakan ibu bapa kepada tiga anak lelaki iaitu Brooklyn, Romeo dan Cruz.

Tiga abang kepada Harper mungkin bakal menjadi seperti seorang ayah dengan menjaga adik perempuannya itu termasuk dalam soal kehidupan.

Beckham merancang untuk mendidik Harper dengan cara yang baik, begitu juga anak-anak lelakinya.

Dia memberitahu, anak-anak lelakinya akan menguruskan segala urusan pertemuan Harper kelak dan menyambut kepulangannya setiap kali tiba di rumah. - AP

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...