Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, October 4, 2011

Real Madrid Berpesta Gol


Gonzalo Higuain menjaringkan hatrik ketika membantu Real Madrid membelasah Espanyol 4-0 dan melonjakkan mereka dengan satu mata di belakang pendahulu baru La Liga, Barcelona yang menang tipis 1-0 ke atas Sporting Gijon, semalam. Penyerang Argentina itu melengkapkan hatrik pada minit ke-89, tidak lama selepas pemain gantian, Jose Callejon meletakkan pasukan pelawat mendahului 3-0. Dua gol pertamanya hadir di minit ke-16 dan 66. 


Penyandang juara, Barca menang tipis 1-0 dalam kunjungan ke kelab tercorot liga, Sporting hasil jaringan tunggal Adriano Correia pada minit ke-12, kemenangan pertama mereka di gelanggang lawan musim ini.

Barcelona kini mengumpul 14 mata daripada enam perlawanan, berkongsi mata dengan pasukan tangga kedua, Levante tetapi dipisahkan menerusi perbezaan gol. Semalam, Levante meneruskan rekod cemerlang awal musim dengan menumpaskan Real Betis 1-0 di tempat lawan.

Pengurus Real, Jose Mourinho gembira pasukan itu akhirnya sudah kembali pada kedudukan sepatutnya, meskipun ditinggalkan satu mata di belakang dua kelab teratas, sebelum liga berehat dua minggu untuk memberi laluan kepada jadual perlawanan antarabangsa.

"Kalau boleh saya mahu memiliki satu mata lebih daripada sekarang, tetapi tidak mengapa ketinggalan dengan hanya satu mata kerana ia bukan masalah besar.

"Pada saya, pasukan yang berhak mendapat tumpuan (kerana berada di atas) adalah Levante. Mereka cuma pasukan kerdil dan tidak mendapat perhatian yang sama dengan pasukan besar, sedangkan mereka sebenarnya berhak diberi pujian,'' kata Mourinho.

Sevilla pula menghuni tangga keenam dengan 12 mata, mengatasi musuh berjiran, Betis yang terikat tanpa jaringan dengan Atletico Madrid dalam perlawanan di mana dua penjaga gol, Javi Varas dan Thibaut Courtois menyinar.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...