Subscribe:

Ads 468x60px

Thursday, October 6, 2011

500 Honda City Edisi Khas

Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) hari ini (5 Okt) menawarkan jualan 500 buah edisi khas kereta Honda City generasi ketiga. Pengarah Urusannya dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno berkata, model edisi khas itu bukan sahaja dilengkapi dengan reka bentuk gaya dinamik tetapi juga paling utama menawarkan nilai bagi wang yang dibayar.


Ueno berkata, model Honda City yang berada di pasaran sudah pun memiliki reka bentuk praktikal termasuk peningkatan kecekapan minyak dan pengeluaran kuasa, ruang dalaman dan utiliti melepasi jangkaan bagi sedan kecil.

Sekarang, edisi khas Honda City dilengkapi aero kit penuh Modulo, mengekalkan empat kualiti utama - prestasi, gaya, praktikal dan terbaik dalam kelasnya. 

Kelebihan teknologi enjin i-VTEC membolehkan kenderaan itu mencapai kecekapan minyak dan pengeluaran kuasa pada masa yang sama.

Malah, Honda Malaysia menawarkan 500 pemilik Honda City edisi khas ini memilih nombor pendaftaran khas antara 001 hingga 500.

''Pemilik model Honda City ini akan mempunyai pilihan nombor yang mengekalkan SE pada pendaftaran - contohnya City SE 001,'' kata beliau.

Sebagai tambahan, Honda City edisi khas ini akan dipasang cermin gelap dengan lapisan kawalan sinar matahari menggunakan teknologi nano termaju.

Kereta Honda City terkini itu hanya ditawarkan untuk warna 'Polished Metal' dan 'Tafetta White' dengan harga di atas jalan RM92,890 sebuah.


0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...