Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, October 15, 2011

Tempahan Jet Eclipse 550

ECLIPSE Aerospace, Inc. mengumumkan bahawa ia kini menerima tempahan untuk Eclipse 550, model jet dua enjin baru dalam barisan keluarga jet Eclipse. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Eclipse Aerospace, Mason Holland berkata, pihaknya menjangkakan memperoleh sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan berdasarkan sokongan diterima daripada pemilik semasa Eclipse, pembekal dan komuniti penerbangan secara umumnya. 


“Kami teruja mengambil langkah positif ke hadapan ini dalam sejarah Eclipse. Pengeluaran mutlak serta tahap pengeluaran akan dipacu permintaan keseluruhan pasaran, dan kami sangat teruja dan optimistik,” katanya.

Eclipse 550 memiliki teknologi canggih, jet dua enjin dengan reka bentuk pesawat yang menggunakan kilang kerangka udara dan tenaga yang sama seperti model EA-500 yang popular, selain inovasi ketara dalam kebanyakan sistem pesawat, yang dibangunkan untuk meningkatkan keseluruhan operasi, kos operasi langsung, teknologi, keselesaan dan prestasi.

Harga asas jet dua enjin Eclipse 550, AS$2,695,000 (nilai 2011). Eclipse Aerospace menjangka akan mengeluarkan 50 hingga 100 pesawat setahun dengan penyerahan bermula pada 2013.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...