Subscribe:

Ads 468x60px

Friday, October 21, 2011

Karavan Paling Mahal Di Dunia

Karavan Berharga RM8.09 Juta

KARAVAN paling mahal di dunia yang dibina oleh syarikat Australia, Marchi Mobile akan dijual pada harga 1.9 juta Euro (RM8.09 juta). Kenderaan yang dikenali sebagai eleMMent palazzo itu mempunyai kepanjangan 12 meter dan dilengkapi dengan bumbung teres seluas 20 meter persegi, sistem pemanas di bawah lantai serta bar. 


Karavan mewah itu turut mempunyai satu bilik tidur besar dengan dilengkapi televisyen 40 inci, bilik mandi, tandas berasingan, ruang istirehat dan katil bertingkat.

EleMMent juga boleh dipasang dengan talian Internet bergerak, pengawasan video, televisyen satelit dan dilengkapi cahaya di waktu malam bagi meningkatkan keselamatan.

Namun apa yang paling menakjubkan ialah mesin 'sky lounge' yang boleh dibuka dengan hanya menekan butang dan sistem pemanas di bawah lantai serta bar.

Menurut Marchi Mobile, eleMMent palazzo dipasang enjin 510 kuasa kuda, sekali gus membolehkan karavan seberat 20 tan itu memecut sehingga 150 kilometer sejam. Reka bentuknya yang aerodinamik juga menjadikannya kenderaan berat yang efisien.


Agak-agaknya kat Malaysia siapa ye yang akan beli karavan ne.. Harganya dah boleh beli beberapa buah rumah, mahal betul..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...