Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, October 11, 2011

Siapa Lelaki Gentleman

SIFAT baik dan bersopan terhadap wanita sudah lama menjadi ukuran tingkah laku seorang lelaki budiman atau gentleman, tetapi adakah ciri-ciri itu masih wujud pada hari ini? Tanyalah kepada kebanyakan kaum hawa, yang muda dan berusia, mengenai pemerhatian mereka terhadap kaum lelaki dan mereka pasti mengeluh yang lelaki gentleman sudah hampir tiada di sekeliling mereka. 


Apabila ada lelaki yang memberi tempat duduknya kepada wanita, membuka pintu untuk wanita atau memberi laluan kepada wanita masuk ke dalam lif atau koc terlebih dahulu, ia kini dianggap sebagai sesuatu yang mengejutkan dan bukan lagi norma sosial atau amalan biasa kini.

Tingkah laku baik dan sopan terhadap wanita ini jelas semakin berkurangan di dalam masyarakat, sehinggakan pengendali khidmat kereta api KTM Berhad mendapati wajar untuk memperkenal koc khas untuk wanita bagi memastikan wanita selamat daripada sikap kurang budiman kaum lelaki.

Apabila ditanya sebilangan gadis dan wanita baru-baru ini tentang ciri lelaki budiman pada pandangan mereka, ramai yang tertawa.

Masih adakah gentleman di Malaysia ini?


Tetapi adakah memiliki budi pekerti baik memadai untuk menyifatkan seorang lelaki itu budiman? Atau adakah lelaki sopan ini tidak lebih daripada impian keterlaluan wanita untuk mencari ciri lelaki ideal yang dianggap gentleman?

Dalam gambaran yang lebih menyeluruh, perilaku tidak sopan kaum lelaki mencerminkan kemelut sosial dalam masyarakat tidak kira jantina.


Bagaimanapun, dalam masyarakat yang didominasi lelaki, lelaki baik dan sopan masih menjadi perhatian.

Beberapa pandangan wanita tentang gentleman seorang lelaki dan mengenai ciri yang wanita harapkan daripada seorang lelaki budiman atau gentleman yang ideal.

"Perkataan gentleman membawa maksud sesiapa yang tahu bagaimana untuk menghormati wanita, rendah diri terhadap semua ciptaan Tuhan dan tahu had dalam perbualan dan batasan tingkah laku semasa berdampingan dengan wanita".

"Dan yang lebih penting, seorang lelaki budiman akan memastikan wanita berasa selesa dan selamat dengan kehadirannya. Seorang gentleman juga harus tahu berinteraksi dengan baik".

Gentleman merupakan seorang lelaki yang bermaruah dan dihormati.

sumber

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...