Subscribe:

Ads 468x60px

Friday, October 7, 2011

Westlife Kembali Ke KL

SELEPAS lebih sedekad bersama, kumpulan popular dari Britain yang dikenali di seluruh dunia sebagai Westlife dikatakan tidak lagi akan aktif. Itu berita mengejutkan bagi peminat kumpulan yang kini dianggotai Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily, Shane Filan. Single terbaharu mereka, Lighthouse yang terkandung dalam album kesebelas Westlife, Gravity dikatakan bakal menjadi lagu terakhir Westlife. Lighthouse dijadualkan berada di pasaran menjelang bulan September ini. 


Sumber memberitahu akhbar Britain, The Mirror: "Nicky, Kian, Mark dan Shane sudah kepenatan. Mereka aktif untuk Westlife sejak lebih sedekad yang lalu dan kini mereka hanya mahu menikmati masa senggang untuk diri masing-masing sebelum mereka kembali muncul dengan album terbaharu."

"Namun, jangan bimbang. Westlife bukan berpecah tetapi mereka mahu berehat sebelum kembali muncul dengan lebih hebat."

Walau bagaimanapun sebelum berehat seketika, Westlife kini dalam rangka konsert mempromosi album Gravity dan peminat kumpulan itu di Malaysia sangat bertuah kerana Westlife yang pernah muncul dengan lagu-lagu yang menjadi siulan ramai seperti Swear It Again, Flying Without Wings, If I Let You Go, Uptown Girl dan I Have A Dream bakal menemui mereka pada malam ini!

Westlife muncul kali ini di Kuala Lumpur sempena konsert terbaharu Westlife yang dikenali sebagai Westlife Live in Kuala Lumpur: Gravity Tour 2011. Konsert tersebut dijadualkan berlangsung pada pukul 8.30 malam di Stadium Tertutup Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Apa yang pasti, ia bukan kali pertama kunjungan Westlife di Malaysia untuk membuat konsert selepas membuat kemunculan sulung di negara ini pada Jun 1999 iaitu kira-kira setahun selepas kumpulan itu ditubuhkan.

Malaysia ternyata begitu dekat di hati Westlife apabila mereka kembali buat kali kedua pada November, 1999 sebelum muncul lagi pada Mei, 2001.

Kali terakhir Westlife muncul di Malaysia adalah pada tahun 2002, justeru pada tahun ini peminat-peminat Westlife sudah tentu begitu rindu dengan kemunculan mereka, setelah Westlife dikatakan akan berehat seketika daripada segala kegiatan seni mereka

Maka, inilah peluang buat mereka untuk larut bersama kumpulan yang mencipta sejarah dunia muzik British sebagai satu-satunya karyawan muzik yang muncul dengan tujuh single yang terus menguasai juara carta UK Singles Chart sebaik sahaja dilancarkan, selain sejumlah 44 juta album mereka sudah terjual di seluruh dunia.

Pada 22 November tahun lepas, Westlife muncul dengan album Gravity dan single pertama daripada album itu, Safe membuat kemunculan debut pada UK Singles Chart sehari sebelum itu di tempat kesepuluh, menjadikan ia single ke-25 Westlife yang berjaya meraih tempat pada Top 10 UK Singles Chart.

Bagi menyemarakkan lagi album Gravity yang bakal melancarkan single kedua iaitu Lighthouse, Westlife kini muncul dengan konsert jelajah mereka di Kuala Lumpur pada malam ini yang dibawakan oleh JS Concert Productions bersama Midas Promotions.

Sebarang urusan pembelian tiket Westlife Live in Kuala Lumpur: Gravity Tour 2011 boleh dibuat dengan melayari www.ticketpro.com.my atau menerusi talian telefon 03-7880 7999 (Ticketpro).

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...