Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, September 19, 2011

Sentuhan Pintar Nokia N9


SEGALA-GALANYA sentuhan tanpa sebarang butang diperlukan untuk mengawal operasi pada gajet telekomunikasi ini.

Itu yang dipertaruhkan syarikat teknologi mobiliti, Nokia pada model telefon bimbit pintar terbaru keluaran mereka, Nokia N9.

Bagi memudahkan kawalan, pengguna ditawarkan dengan capaian tiga antara muka utama iaitu pilihan menu, notifikasi aktiviti dan aplikasi yang sedang dibuka.

Untuk memilih antara muka tersebut, pengguna perlu menggerakkan jari dari bahagian hujung kiri skrin ke penghujung kanan pada bila-bila masa walaupun ketika sesebuah aplikasi sedang dibuka.

Penutupan aplikasi pula boleh dilaksanakan menerusi gerakan jari dari penghujung bahagian atas skrin hingga ke bawah.

Menurut Pengurus Pasaran Produk Nokia Malaysia, Glen Cha, pendekatan navigasi sentuhan itu bakal menawarkan pengguna pengalaman kawalan lebih baru dan berbeza.

‘‘Kawalan intuitif Nokia N9 ini hanya melibatkan isyarat sentuhan yang natural dan cukup mudah,’’ katanya pada sesi taklimat media di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Melihat dari sudut reka bentuk industrinya, Nokia N9 mempunyai binaan luar diperbuat daripada sekeping material polikarbonat dengan paparan skrin AMOLED 3.9 inci unik dengan bentuk sedikit melengkung.

Fungsi multimedianya pula tersedia bersama kamera lapan megapiksel dengan lensa Carl Zaiss selain mempunyai sensor pemfokusan automatik, lampu LED berkembar, video definisi tinggi (HD), skrin berformat 16:9, pelayaran web HTML5 dan prestasi kamera maksimum di bawah pencahayaan rendah.

Tidak cukup dengan itu, Nokia N9 turut disempurnakan bersama aplikasi peta Drive untuk navigasi pemanduan bersuara secara percuma.

Untuk sistem bunyi, model tersebut merupakan telefon bimbit mobiliti pertama dilengkapi teknologi Dolby Digital Plus serta set kepala berkualiti Dolby.

Ia juga disempurnakan bersama teknologi wayarles Near Field Communication (NFC) untuk perkongsian imej dan video atau sambungan kepada sebarang peranti menerusi sentuhan.

Bagi model Nokia N9 dengan kapasiti memori 16 gigabit (GB), ia tersedia bersama pilihan warna hitam, cyan dan magenta serta 64GB hanya menawarkan warna hitam.

Maklumat dan spesifikasi lengkap mengenainya boleh diperolehi menerusi laman web www.swipe.nokia.com.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...