Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, September 19, 2011

Yahoo.. Menang Lagi


SALAM semua, dah tau ke keputusan perlawanan antara Man United dengan Chelsea.. Kepada peminat-peminat setia Chelsea diharap bersabar..

Man United unggul tewaskan Chelsea 3-1

Manchester United mempamerkan kelas tersendiri apabila menumpaskan pesaing terdekatnya, Chelsea 3-1 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, di Old Trafford, sebentar tadi.

Gol pembukaan United diperoleh seawal minit ke-7 menerusi Chris Smalling diikuti Nani pada minit ke-37. 

Penyerang England, Wyane Rooney menambah koleksi jaringan pada minit ke-40 untuk memastikan United mendahului 3-0 selepas tamat separuh masa pertama. 

Chelsea memperoleh gol tunggal menerusi penyerang termahal liga, Fernando Torres pada minit ke-46.

Dengan kemenangan itu, Manchester United kekal di tangga teratas liga dengan 13 mata, dua mata di depan Manchester City manakala Chelsea di tempat ketiga dengan 12 mata.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...