Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, September 19, 2011

Cara Sebenar Nikmati Teh


KATA orang suasana adalah faktor penentu emosi seseorang. Pendapat ini ada benarnya kerana suasana yang tenang sudah tentu membuatkan kita boleh berfikir dengan baik sekali gus melakukan tindak tanduk yang lebih munasabah.

Namun ramai yang mungkin Tapi tahukah anda jika seseorang menikmati teh dalam suasana yang tenang dia akan memperolehi lebih dari apa yang sepatutnya.

Kebenaran tersebut dikongsi oleh pakar teh dari jenama tersohor Twining, Stephen Twining.

Beliau yang merupakan generasi ke-10 dalam keluarga Twinings datang ke negara ini dalam rangka lawatan kerjanya bagi mempromosikan teh dari jenama keluarganya.

Menerusi satu bengkel, Stephen berkongsi panduan dan cara bagaimana untuk menghasilkan teh yang sempurna.

Menurut Stephen untuk menghasilkan teh yang sempurna harus dimulakan dengan peralatan yang bersih.

Cawan teh yang digunakan juga harus yang bersih apatah lagi peralatan membancuh seperti sudu dan sebagainya.

Stephen turut menasihati bahawa untuk menghasilkan teh yang baik seseorang mesti menggunakan air segar.

"Langkah penyediaan teh yang betul ialah dengan memanaskan teko terlebih dahulu, kemudian baru kita pilih teh yang betul dengan sukatan yang sepatutnya.

"Masukkan air mendidih ke dalam teko. Tapi tak semua jenis teh disediakan dengan cara ini.

"Teh seperti teh hijau, Oolong dan teh putih adalah antara jenis teh yang tidak boleh menggunakan teknik curahan air panas ini.

"Untuk jenis teh yang dinyatakan di atas, kita perlu menunggu sehingga air sejuk terlebih dahulu jika tidak, teh akan berasa pahit.

"Setelah itu biarkan teh dijerang sekurang-kurangnya tiga minit untuk teh di dalam uncang dan lima minit untuk teh berbentuk daun. Kemudian, kacau dan sedia untuk dihidang," jelas Stephen.

Pada bengkel terbabit, Stephen berpeluang menyediakan tiga jenis teh iaitu Earl Grey, teh hijau Jasmine dan juga Strawberry & Mango Infusion.

Selain mengajar teknik penyediaan teh, Stephen turut memberikan cadangan makanan yang sesuai digandingkan dengan teh.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...