Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, October 1, 2011

Harga Playbook Turun Di AS

Pembekal utama tablet Playbook dari pembuat Blackberry, Research In Motion (RIM) mengurangkan harga sehingga AS$200 (RM600) ekoran tindakan Amazon menurunkan harga komputer tabletnya kepada AS$199 (RM635) seunit.
 

Jualan Playbook tidak memberangsangkan sejak gajet tersebut mula dijual pada pertengahan April lalu dengan harga AS$499 (RM1,592) untuk memori sebesar 16-gigabit, AS$599 (RM1,912) bagi 32-gigabit dan AS$699 (RM2,230) untuk 64-gigabit.

Syarikat-syarikat Best Buy, Staples dan OfficeMax menawarkan tablet PlayBook pada harga AS$299 (RM953), AS$399 (RM1,272) dan AS$499 (RM1,592), semalam.

Syarikat Office Depot pula menjual tablet tersebut pada harga kurang AS$100 (RM300).

Bagaimanapun, tablet Playbook masih ditawarkan pada harga asalnya di laman RIM dan melalui pengangkut Amerika Syarikat, Sprint.

Kelmarin (29 Sept), laman web Amazon melancarkan sebuah komputer tablet, Kindle Fire dengan tawaran harga AS$199 (RM635), separuh lebih rendah berbanding iPad keluaran Apple yang menerajui pasaran di pasaran. - AFP

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...