Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, September 26, 2011

Kehadiran Puteri David Beckham


Harper Seven Beckham Dijaga 3 Pengasuh Shift Berbeza

Kehadiran Harper Seven Beckham nampaknya benar-benar memberikan kebahagian buat pasangan selebriti British yang cukup berpengaruh iaitu David Beckham dan Victoria Beckham aka Posh Spice.

Apa tidaknya, selepas memiliki Brooklyn, Romoe dan Cruz, Harper Seven Beckham merupakan satu-satunya anak tunggal perempuan mereka. Jadi tidak hairahlah mengapa pasangan ini sanggup mengeluarkan duit yang banyak demi memastikan Harper Seven Beckham mendapat jagaan yang sempurna pada usia yang sekecil ini.


Buktinya mereka sanggup membayar £438,000 (RM 2,140,611) setiap tahun untuk mendapatkan 3 pengasuh buat Harper Seven Beckham. Menariknya, kesemua pengasuh ini dibahagikan kepada 3 shift iaitu pagi, petang dan malam.

Satu sumber memberitahu, pengasuh-pengasuh Harper ini diperolehi menerusi sebuah agensi di Los Angeles dan mereka telah bekerja dengan keluarga pasangan selebriti ini sejak Harper lahir lagi.

David dan Victoria juga turut berhati-hati dalam memilih pengasuh untuk Harper. Sebabnya, pengasuh yang pernah mereka upah dulu iaitu Abbie Gibson, 28, telah menjadi penyebab retaknya hubungan rumahtangga mereka.

David dan Victoria ingin melindungi diri dan keluarga mereka. Mereka tak kisah kalau terpaksa bayar mahal macam mana sekali pun, janji keluarga mereka okey," kata sumber itu lagi.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...