Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, September 26, 2011

Hitam Tapi Menawan


Randik Masa Blackout Tujahan Gc

Gelap gelita suasana bukan bermakna randik masa terhenti buat seketika. Kegelapan yang ada itu adalah kesempurnaan buatan dan keteguhan rekaan bagi jam tangan terbaru dari jenama Gc (Guess Collection).

Bersama kepekatan rona hitam matt, Gc tampil dengan koleksi Gc Sport Class XXL Blackout yang berketerampilan mewah, unik lagi bergaya khusus diilhamkan untuk si arjuna berjiwa muda dan juga si dara penuh wibawa.

Berpotongan penuh jitu, dua selesksi terkini Gc ini diperhebatkan dengan ketinggian teknologi penentu masa dari Switzerland yang menjadikannya bukan saja boleh dibanggakan apabila berada pergelangan, malah juga miliki personanya tersendiri.

Edisi Gc Sport Class XXL Blackout ini telah dipersembahkan buat pertama kalinya di hadapan wakil media dan tetamu VIP dalam sebuah majlis makan malam penuh misteri yang bersimbahkan kegelapan suasana di Black Box, MapKL, Solaris Dutamasm baru-baru ini.

Tetamu disajikan dengan hidangan fusion ciptaan Cheff Nazri Redzuawan bermula dari pembuka selera, hidangan utama sehingga ke pemanis mulut menggunakan konsep kegelapan tanpa membenarkan hadirin tahu rupa bentuk sebenar juadah berkenaan.

Dalam suasana kegelapan juga,tetamu telah dihadiri dengan suara pengacara majlis milik Hunny Madu yang hanya mampu didengari tapi tidak mampu dilihat dek bebola mata masing-masing.

Tema kegelapan juga membuatkan alunan suara irama jazz penuh merdu tampil dari hadapan ruang acara yang pertama kalinya didendangkan oleh penyanyi kecil molek Atilia dalam suasana penuh misteri berkenaan.

Kegelapan juga telah menyebabkan beberapa tetamu menyangka sutas jam tangan Gc Sport Class XXL Blackout yang terhias di atas pinggan di atas meja masing-masing adalah penyeri mulut sebagai penutup majlis santapan itu.

Mungkin inilah mesej yang ingin disampaikan Gc bahawa kegelapan juga adakalanya cukup bergaya, cukup dihargai dan cukup istimewa. Gc Sport Class XXL Blackout adalah jawapannya.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...