Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, September 26, 2011

Serpihan Satelit Tidak Akan Ditemui


Lokasi sebenar serpihan satelit usang seberat enam tan milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) yang terhempas di bumi, kelmarin, mungkin kekal menjadi misteri.

Agensi angkasa Amerika Syarikat itu mengumumkan, serpihan satelit itu mungkin terhempas di Lautan Pasifik namun masa dan lokasi tepat satelit bersaiz bas itu masih tidak dapat dipastikan.

Satelit Upper Atmosphere Research Satellite (UARS) tidak aktif itu mengakhiri 20 tahun hayatnya di orbit apabila memasuki lapisan atmosfera bumi antara jam 11.23 pagi dan 1.09 tengahari waktu Malaysia, Jumaat lalu.

Nasa menjangkakan satelit itu akan terpecah kepada 26 bahagian kecil semasa kemasukan semula ke bumi tetapi tiada laporan diterima dari seluruh dunia sama ada terdapat serpihan yang ditemui.

Disebabkan mereka iaitu pihak Nasa tidak dapat menentukan lokasi sebenar di mana satelit itu menembusi atmosfera, jadi mereka tidak tahu di mana serpihannya akan jatuh dan mungkin tidak akan tahu sampai bila-bila.

sumber

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...