Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, September 19, 2011

Matang & Santai Untuk Jejaka


JENAMA fesyen antarabangsa Dockers San Francisco berterusan menampilkan pakaian yang penuh stail, kematangan dan inovatif. Kesemuanya dihimpunkan dalam variasi koleksi musim baru 2011 Dockers yang turut menyimpulkan gaya hidup spontan, santai dan relaks untuk jejaka. Bukan itu saja koleksi tersebut turut menawarkan kesempurnaan gaya, klasik dan moden.
 

Mengungguli fesyen seluar lelaki, Dockers memperkenalkan koleksi seluar khaki, Alpha Khaki dengan rekaan siluet bergaris serta potongan tirus. Sesuai dengan kehadiran musim sejuk di luar negara, seluar khaki menjadi pilihan golongan lelaki. Selain untuk gaya kasual, seluar potongan khaki sesuai untuk majlis formal.

Jika dilihat pada potongan seluar khaki, ia menampilkan potongan lurus sehingga ke paras buku lali yang menampilkan imej kemas. 

Khaki dalam bahasa Parsi membawa maksud berdebu dan berasal daripada sejenis kain tebal berwarna kuning tua atau kuning gelap yang digunakan untuk membuat pakaian seragam polis atau tentera. 

Berdasarkan sifat lasak itu, Dockers memilih potongan ini sebagai signatur utama musim ini. Rekaan ini sesuai untuk gaya hidup kini yang lebih santai dan mudah bergerak.

Potongan terbaru ini melengkapkan koleksi pakaian dan aksesori berkonsepkan gaya hidup kasual dan formal. Setiap helai turut direka dengan teliti untuk menggabungkan keselesaan fabrik khaki dan stail klasik jean denim.

Tidak hanya menampilkan warna lazim iaitu coklat atau hitam, koleksi ini turut menampilkan rona krim, biru gelap, merah, biru lembut dan hijau.

Anak muda

Koleksi tersebut sesuai bagi anak muda yang meminati gaya kasual untuk bersantai.

Di samping stail, Dockers senantiasa menghadirkan inovatif dalam koleksinya. Gaya kasual smart penuh stail mengisi koleksi tersebut. Seluar dalam koleksi tersebut juga tampak penuh stail dengan warna-warna segar yang digemari anak-anak muda.

Penggemar seluar ini boleh memadankan bersama kemeja lengan panjang, kemeja-T polos atau bercorak mengikut potongan badan. 


Alpha Khaki diperkenalkan sebagai alternatif kepada jean dan seluar. Secara keseluruhan, kebanyakan koleksi Dockers menawarkan pelbagai rekaan untuk lelaki dan wanita yang mengamalkan gaya hidup aktif dan cergas.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...