Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, November 26, 2011

Palet Daripada Sampah

SAMPAH yang dibuang jika tidak diuruskan dengan betul bukan saja menjadi beban malah boleh berubah kepada sarang pelbagai makhluk perosak dan haiwan berbahaya. Bagaimanapun kini sampah boleh menjadi lubuk duit jika diselenggara betul, malah Bumi menjadi lebih sihat.
 

Sebuah syarikat tempatan De Frazer Industries Sdn. Bhd. (De Frazer) mengambil inisiatif mengitar semula kertas terpakai yang biasanya dibuang atau dibakar kepada palet hijau mampat (compressed green pallet).

Malah, palet hijau mampat yang boleh menghasilkan kerusi, meja dan rangka katil mampu menampung berat muatan sehingga empat tan pada satu-satu masa.

Produk palet hijau itu mendapat sambutan yang amat baik di luar negara terutama Singapura, Iran, Thailand, Filipina, India dan negara Eropah.
 

De Frazer ditubuhkan pada tahun 2008 dengan pelaburan permulaan sebanyak RM2 juta. Pelanggan utama De Frazer adalah dari pengeluar barangan elektrik dan elektronik terkenal.

Buat masa ini, lebih 80 peratus pasarannya adalah untuk dieksport manakala 20 peratus lagi untuk pasaran tempatan yang mana pelanggan terdiri daripada hotel bajet, tadika dan premis-premis persendirian.

Setakat ini, De Frazer mempunyai sebuah kilang di Seri Kembangan, Selangor dengan kapasiti pengeluaran 20,000 keping palet hijau sebulan.

Dikatakan pihak syarikat juga merancang untuk melabur sebanyak RM10 juta bagi membuka kilang pengeluaran di Meru, Klang, Selangor bagi memperluaskan kapasiti pengeluarannya.


Pihaknya menyasarkan untuk menghasilkan 50,000 hingga 100,000 keping palet hijau sebulan sehingga akhir tahun ini berikutan pembukaan kilang baru.

Mereka juga merancang untuk memperkenalkan program francais ke luar negara tidak lama lagi berikutan sambutan yang baik.

Palet hijau De Frazer diperbuat daripada kertas kitar semula dengan campuran fiber. Apa yang lebih menarik palet hijau mampat boleh dijual sebagai perabut pasang siap kerana bahannya ringan dan mudah dipasang.


Bagi pembaca yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai De Frazer boleh melayari laman web http://www.defrazer.com

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...