Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, October 8, 2011

Inovasi Pintar Ford

FORD memperkenalkan satu sistem baharu yang membantu mengelakkan kesan calar dan kemik pada kenderaan sewaktu pintunya dibuka apabila ia diparkir di ruang sempit. Dikenali sebagai Door Edge Protector, ia merupakan penebat getah khas yang akan keluar dan menutup bahagian hujung pintu (kawasan tengah) secara automatik dalam tempoh 60 milisaat apabila pintu dibuka melebihi 15 sentimeter. 


Getah khas tersebut memiliki kitaran hayat lebih 1,000 kali dan hanya menghasilkan bunyi minimum apabila melindungi pintu. Getah pelindung tersebut cukup mudah untuk ditukar dan ia hanya perlu diklip pada pemegangnya.

Ciri baharu itu memberi perlindungan melebihi 90 peratus untuk pintu hadapan dan 85 peratus untuk pintu belakang. Buat permulaan, Door Edge Protector akan dipasang pada model Ford Focus 2012.

"Sistem Door Edge Protector ini akan menjadi satu ciri yang membuatkan pelanggan berkata: Mengapa tiada siapa memikirkannya lebih awal?" kata Jurutera Sistem Pembangunan Produk Ford, Matthias Tensing.

Pengurus Pusat Penyelidikan Pembaikan Insurans Motor UK, Matthew Avery berkata, kesan kemik atau calar sering kali mengecewakan pemilik kenderaan kerana ia terlalu kecil dan tidak dilindungi insurans. Sedangkan kos membaik pulih kecacatan tersebut pula sebagai agak mahal.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...