Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, October 10, 2011

Hyundai Paling Pantas

Hyundai Jenama Paling Pantas Berkembang

HYUNDAI Motor Company naik empat mata ke kedudukan ke-61 dalam senarai '100 Jenama Global Terbaik 2011' Interbrand yang dikeluarkan baru-baru ini, meraih status 'Jenama Paling Pantas Berkembang.' Syarikat pengeluar kerata itu berkata, Interbrand menghitung nilai jenama Hyundai pada AS$6 bilion, kenaikan 19.3 peratus berbanding 2010, yang paling utama di kalangan semua pengeluar auto di senarai sebagai 10 terbaik. 


Hyundai unggul dalam kalangan industri automotif yang mencatatkan prestasi kukuh semasa tempoh agak lemah bagi kebanyakan 100 Jenama Global Terbaik.

Purata kadar pertumbuhan 11 jenama automotif yang termasuk dalam 100 jenama terbaik ialah 8.1 peratus manakala purata kadar pertumbuhan semua 100 Jenama Global Terbaik hanya 2.6 peratus berbanding 2010.

Pertumbuhan nilai jenama Hyundai mengatasi pesaing utama seperti, Volkswagen, yang berkembang 14 peratus dan Audi, yang naik 13 peratus.

Senarai rangking Interbrand dikira menggunakan lembaran imbangan kewangan syarikat digabung dengan aktiviti pemasaran manakala pada masa yang sama juga mencerminkan keuntungan potensi setiap jenama.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...