Subscribe:

Ads 468x60px

Wednesday, September 28, 2011

TM Lancar Peta Digital SmartMap


Telekom Malaysia Bhd. (TM) telah melancarkan aplikasi peta berasaskan laman sesawang, SmartMap bagi membantu pengembangan pasaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.

Aplikasi pertama di Malaysia tersebut, menggabungkan peta digital TM dengan data lengkap mengenai sesebuah kawasan yang dipetakan di seluruh negara.

SmartMap memudahkan PKS untuk mempromosikan lokasi perniagaan mereka dengan mudah kerana pengguna akan diberikan maklumat lengkap seperti perkhidmatan yang ditawarkan dan arah jalan yang terbaik untuk ke lokasi yang dipilih.

SmartMap adalah aplikasi tambahan kepada aplikasi perniagaan sedia ada TM dan ditawarkan dalam bentuk interaktif serta mudah dikendalikan.

Kini PKS boleh berkongsi maklumat, video dan imej dengan pengguna. Perniagaan akan menjadi mudah dengan SmartMap.

Kelebihan kepada PKS adalah SmartMap menyediakan maklumat penting tentang sesebuah kawasan seperti kepadatan penduduk, lokasi pesaing dan sistem perhubungan yang ada.

Dengan data penting tersebut mereka boleh membuat persediaan awal sebelum merancang pembukaan cawangan baharu, katanya selepas majlis pelancaran SmartMap di sini hari ini.

TM juga telah memeterai memorandum kerjasama dengan Persatuan Francais Malaysia (MFA).

SmartMap telah dibangunkan oleh TM dengan kerjasama MFA, TM Info-Media (TMIM) yang mengendalikan Yellow Pages dan iProperty.com Malaysia (iProperty).

Sasaran pasaran SmartMap adalah pelanggan PKS sedia ada TM yang dianggarkan lebih 463,000 syarikat dan pelanggan baharu menerusi usahasama.

Kerjasama dengan MFA, TMIM dan iProperty telah meningkatkan rangkaian pemasaran SmartMap pada masa depan.

MFA memiliki lebih 6,000 francaisor dan francaisi manakala iProperty merupakan laman sesawang pencarian hartanah terkenal di Malaysia. Ini merupakan potensi yang besar kepada SmartMap.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...