Subscribe:

Ads 468x60px

Thursday, September 29, 2011

Real Belasah Ajax


Real Madrid mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Kumpulan D pada kempen Liga Juara-Juara selepas membelasah Ajax Amsterdam 3-0 di Santiago Bernabue awal pagi semalam.

Tiga gol yang diperoleh menerusi trio serangan, Cristiano Ronaldo pada minit ke-25, Kaka (41) dan Karim Benzema (49) sudah cukup untuk membantu kelab gergasi Sepanyol itu unggul sebagai pendahulu apabila mengumpul enam mata.

Keputusan itu ternyata menghadirkan rasa gembira buat penolong jurulatih Real, Aitor Karanka yang terpaksa mengambil alih tugas sebagai jurulatih selepas Jose Mourinho digantung tiga perlawanan.

"Kaka telah bergelut dengan prestasi tidak menentu selepas pulih daripada masalah kecederaan yang dialaminya sebelum ini tetapi apabila melihat corak permainannya hari ini (awal pagi semalam) telah membuatkan saya berasa gembira.

"Buat masa ini, kami (Real) tidak berada dalam bahaya. Kami beraksi dengan corak permainan kami yang tersendiri menerusi kekuatan yang kami miliki.

"Berjaya menjaringkan gol awal telah membuatkan kami bertambah yakin untuk melakarkan kejayaan," kata Karanka.

Sementara itu, jurulatih Ajax, Frank De Boer terpaksa akur dengan kehebatan Real.

"Kami (Ajax) bermula dengan baik dan saya rasa kami berhak untuk memperoleh gol awal tetapi serangan balas Real memang suatu yang sukar untuk diatasi.

"Kami sedikit gugup dalam usaha untuk mengekang Real daripada mengawal bola di kawasan bahaya. Situasi tersebut menyebabkan saya rasa kurang senang," jelas De Boer. - AFP

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...