Subscribe:

Ads 468x60px

Friday, September 23, 2011

Pengguna Facebook Tidak Puas Hati


Pengguna Facebook semalam meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perubahan yang bertujuan memudahkan menguruskan aliran maklumat terkini daripada kenalan dalam laman web sosial itu.

Ramai pengguna yang berang meluahkan perasaan mereka dalam ruangan Petisyen menentang laman muka baru Facebook dalam laman sosial tersebut dan #NewFacebook di Twitter.

Beberapa pengguna turut mengadu mengenai perubahan Facebook itu yang kelihatan seperti mengikut langkah pesaingnya, Google+ dan Twitter.

"#NewFacebook seperti Amerika. Ramai pengguna yang tidak berpuas hati tetapi tidak semestinya mereka akan meninggalkan laman sosial tersebut," komen seorang pengguna Twitter.

Pengguna Facebook biasanya sering mengadu mengenai perubahan yang dilakukan oleh laman web sosial popular itu namun kemudiannya, mereka dapat menyesuaikan diri dan kekal menggunakan laman web komuniti itu.

Reaksi tidak puas hati itu timbul selepas Facebook mula melakukan beberapa ubah suai seperti yang disifatkan pengasasnya, Mark Zukerberg sebagai 'musim pelancaran' fungsi baru.

Ciri News Feed yang menampilkan fungsi aliran maklumat terkini daripada kenalan, membolehkan keutamaan diberikan kepada komen-komen penting dan imej yang dikongsi dalam laman web juga lebih besar serta ruangan sembang Ticker ditambah untuk perbualan yang lebih nyata.

Dalam tempoh beberapa minggu lalu, Facebook tertumpu kepada cara penggunanya dapat mengawal dengan lebih baik mengenai maklumat yang dikongsi dengan pengguna lain.

Minggu lalu, laman web sosial itu membenarkan ahli-ahlinya mengikuti orang yang tidak dikenali seperti cara Twitter dengan tambahan butang Subscribe yang membolehkan pengguna mengetahui berita atau komen serta berkongsi pandangan daripada pengguna yang tiada senarai kenalan.

Malah, Facebook juga membenarkan penggunanya memilih jenis maklumat terkini daripada kenalan untuk disenaraikan dalam akaun peribadi masing-masing.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...