Subscribe:

Ads 468x60px

Friday, September 23, 2011

Android Telah Mendarat


Dunia Android DiGemparkan Dengan Kemunculan Terkini Android TV

APAKAH yang ada di fikiran anda apabila membicarakan tentang Android? Telefon Android? Tablet Android? Atau robot Android berwarna hijau?

Mungkin kebanyakan daripada kita membayangkan telefon Android dan aplikasinya, memandangkan ia begitu popular dan digunakan dengan meluas. Tetapi robot warna hijau itu juga tidak kurang comel dan popularnya. Banyak digunakan sebagai kertas dinding desktop oleh mereka yang fanatik Android.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa dunia Android telah digemparkan sekali lagi dan kali ini dalam bentuk yang kita amat biasa dan pasti ditatap setiap hari. Android kini di TV! 

Android TV pasti menjadi sesuatu yang mengujakan pengguna kerana ia membawakan pengalaman Internet terus ke kotak televisyen kegemaran kita. Umumnya Android TV bukanlah televisyen tetapi boleh disifatkan sebagai kotak penala televisyen, pemain media, netbook, bingkai foto digital dan set Internet yang dibawakan ke televisyen. Ia menyediakan corak hiburan televisyen baru dan pengalaman Internet TV yang tiada tandingan bagi mereka yang memilikinya.

Android merupakan sistem sumber terbuka yang bebas digunakan. Begitu juga dengan rekaan Android TV, banyak sumber terbuka digunakan untuk menguasakannya. Bagi mereka yang selalu inginkan televisyen di kediaman menjadi lebih canggih dan hebat berbanding siaran televisyen biasa, maka ‘Internetkan’ ia. Android TV satu pilihan yang baik. Menerusi Android TV kita boleh menonton, memuat turun video dan permainan serta membuatkan kita bangga memiliki kandungan televisyen yang lebih baik daripada jiran sebelah, meskipun TV dia lebih mahal.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...