Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, September 24, 2011

Gerrard Membara Julang Liverpool


Steven Gerrard kini begitu bersemangat mahu membantu Liverpool menamatkan kemarau trofi kejuaraan sejak 2006.

Gerrard yang diketepikan sejak Mac lalu gara-gara kecederaan pangkal paha, kembali membuat penampilan sebagai pemain gantian ketika The Reds menewaskan Brighton 2-1 pada pusingan ketiga Piala Liga kelmarin.

Kapten Liverpool itu yang dijangka diturunkan ketika menentang Wolves di Anfield malam ini menyifatkan ketiadaannya dalam skuad The Reds sejak enam bulan lalu sebagai mimpi ngeri.

Namun, Gerrard berazam menjadikan kehilangannya selama ini sebagai pembakar semangat bagi membantu pengurus Kenny Dalglish menamatkan misi kemarau trofi di Anfield.

"Kami gembira layak ke pusingan seterusnya (Piala Liga) dan saya berharap dapat mempamerkan aksi yang terbaik pada perlawanan Sabtu nanti (hari ini).

"Telah terlalu lama Liverpool tidak menjulang sebarang piala dan tidak beraksi di pentas Eropah yang sepatutnya dimanfaatkan oleh semua pemain.

"Sepanjang tempoh enam bulan sebelum ini, sememangnya ia satu mimpi ngeri bagi saya kerana saya hanya menyaksikan perlawanan dari tepi padang.

"Apa pun, ia telah berakhir dan saya harap dapat disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas ini," kata Gerrard.

Kehadiran semula Gerrard dijangka dapat memperkuatkan England yang akan menentang Montenegro bagi aksi Kelayakan Euro 2012 pada 7 Oktober depan.

Namun pada masa yang sama, Dalglish mengingatkan jurulatih England, Fabio Capello supaya berhati-hati daripada terburu-buru menurunkan Gerrard bagi mengelak risiko kembali tercedera.

sumber

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...