Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, September 20, 2011

6 Tip Untuk Tampil Lebih Yakin


TAHUKAH kamu dengan adanya keyakinan diri, ia dapat membantu menjadikan hidup kamu lebih bahagia dan berjaya? Keyakinan diri boleh terbentuk sama ada ketika kamu berdepan dengan sesuatu yang memerlukan kamu untuk membuat keputusan besar ataupun bagaimana kamu menyesuaikan diri dengan suasana baru serta bagaimana cara kamu menentang pengaruh buruk daripada rakan sebaya. Jom ikuti tip untuk membina keyakinan diri kamu ini.

1. Tarik nafas dan jangan terburu-buru
Berfikiran santai dan tidak stres kepada sesuatu perkara akan membuka minda kamu untuk berfikir secara meluas. Ia juga membantu kamu dalam memberi idea yang lebih menarik tentang sesuatu perkara apabila   kamu berfikir secara tidak terburu-buru.

2. Kenal pasti kekuatan kamu
Jika kamu merasakan kamu langsung tiada kekuatan atau kemahiran, kamu boleh cuba untuk menyenaraikan  apa yang kamu suka lakukan dan menjadikannya sebagai kekuatan dalam diri kamu.

3. Sentiasa berfi kiran positif
Semua orang di dunia ini tidak sempurna dan mempunyai kekurangan masing-masing. Kamu tidak perlu  merasa rendah diri dengan kekurangan kamu. Kadangkala kamu merasakan bentuk tubuh kamu tidak menarik tetapi haruslah diingatkan, masih ada orang lain yang mempunyai bentuk tubuh yang lagi tidak menarik  daripada kamu. Jadi jangan takut untuk merasakan diri kamu cantik dan tampil lebih yakin ya?

4. Jangan letakkan had pada diri
Satu sebab utama yang menyebabkan kamu tiada keyakinan diri ialah dengan meletakkan had kepada diri  kamu untuk melakukan sesuatu perkara. Contohnya, jika kamu tidak mendapat markah tertinggi di dalam kelas, jangan fikirkan had kamu hanya setakat itu sahaja. Kamu harus berusaha  lebih lagi kerana usaha itu  tangga kejayaan. Kamu pasti akan mendapat markah tertinggi sekiranya kamu berusaha dengan bersungguh- sungguh. yakinlah bahawa setiap orang pasti berjaya dengan adanya usaha.

5. Raikan kejayaan kamu walaupun kecil
Meraikan kejayaan kamu bersama-sama dengan keluarga atau sahabat handai boleh mendorong kamu untuk  menjadi lebih berjaya. Walaupun kejayaan kamu hanyalah dengan lulus ujian memandu ataupun kamu berjaya  memberikan ucapan di atas pentas,  itu juga merupakan kejayaan buat diri kamu. Tidak salah untuk kamu meraikannya kerana itu akan membantu kamu menjadi manusia yang lebih yakin.

6. Hargai diri kamu setiap hari
Fikirkan perkara baik yang kamu buat setiap hari antaranya bangun awal pagi, senyum kepada orang yang  tidak dikenal, menelefon dan bertanya khabar kepada ahli keluarga kamu yang lain serta banyak lagi. Itu  membuktikan bahawa banyak lagi perkara baik yang kamu boleh capai dalam satu hari dan ia merupakan  sesuatu yang boleh kamu banggakan. Kamu akan boleh melangkah dengan lebih yakin dengan memikirkan tentang perkara baik yang telah kamu lakukan.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...