Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, September 20, 2011

6 Manfaat Berjalan Kaki


KAMU inginkan senaman yang mudah dan dalam masa yang sama dapat membakar kalori dalam badan kamu   dengan cepat? Hanya dengan berjalan kaki, kamu akan mendapat banyak manfaat daripadanya. Jom semak.

Menyihatkan jantung - Otot jantung memerlukan aliran darah yang deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner  jantung. Selain itu,  kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung  menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan  risiko berlakunya darah beku  di pembuluh darah ke jantung.

Berat badan stabil - Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori  terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisme tubuh meningkat sehingga  peningkatan berat badan sukar berlaku.  Menurunkan berat badan - Selain mampu menstabilkan berat badan,  mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan kaki laju secara rutin. 

Mencegah osteoporosis - Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot  badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium di dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun. 

Meredakan sakit lutut - Lebih sepertiga orang yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah  sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju mampu meredakan masalah itu. Untuk  penghidap osteoarthiris, disarankan melakukan senaman berjalan kaki berselang-seli agar sendi tidak terjejas.


Tekanan - Pergerakan badan ketika berjalan kaki laju juga dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan  perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin.  Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan  berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.


sumber

2 comments:

Anonymous said...

wahh...
info yg sangat baik..
baru tau kebaikan b'jalan kaki..
lepas ni nak jln kaki je la ke mana2.. hehe
xpun asal stress je gi jalan2 kat mne2.. ahaha..
=)

Aqmil Lambung said...

baru 1 minggu berjalan kaki pagi2... tapi speed slow la... hahahah... next week nak pasang turbo kasi laju..



Blog Bukan Sekadar Tulisan | by Aqmil Lambung

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...